Buletin

WRC 2019 : OTT TÄNAK UNGGULI SAINGAN RALI CHILE

Pelumba Estonia yang memandu kereta Yaris WRC berjaya menggungguli saingan di Copec Rally Chile yang berlangsung minggu sudah. Bertambah manis, kejayaan Ott Tänak ini adalah kemenangan kedua selepas melakukannya di Sweden pada awal saingan yang lalu.

Pada perlumbaan yang julung kalinya di adakan di Chile, Ott Tänak berjaya membuktikan keunggulannya berlumba di persekitaran yang serba baharu tanpa ada sebarang sedikit pun kelebihan kepada mana – mana pelumba. Beliau berjaya meninggalkan sehingga 23.1 saat Sebastian Ogier di tempat kedua.

Pemanduan konsisten Ott Tänak bermula pada saingan hari Sabtu lagi apabila berjaya meninggalkan dua pemandu dari Perancis Sébastien Loeb dan juga Sébastien Ogier yang cuba memberikan saingan. Ternyata kedua pelumba ini bersaing sengit untuk merebut posisi terbaik tempat kedua dan ketiga.

Sudah tentu menarik untuk melihat pelumba lagenda Sébastien Loeb kembali ke podium apabila berjaya menduduki tempat ketiga. Ternyata magis beliau selaku pemandu handalan masih ada.

Apatah lagi ini kali pertama Sebastian Loeb memandu Hyundai i20 WRC di permukaan tanah. Kan bagus kalau Pakcik Sebastian Loeb ni bertanding penuh. Baru boleh tengok beliau juga bersaing merebut tahta kejuaraan.

Manakala malang menimpa buat pelumba dari Belgium, Thierry Neuville  apabila beliau mengalami kemalangan teruk sehingga membuatkan Hyundai i20 WRC beliau total lost. Jenuhlah nak claim insuran nanti.

Walaupun keadaan kereta kelihatan agak teruk, namun kedua pelumba dan juruarah berjaya keluar dengan selamat tanpa sebarang masalah. Terima kasih kepada rollcage yang menyokong keadaan badan kereta agar tidak remuk.

Sudah tentu kemalangan menjejaskan sedikit peluang Thierry Neuville untuk menjarahkkan pungutan mata kejuaraan sementelah beliau menjuarai perlumbaan di Argentina sebelum ini.

Nampaknya, WRC musim 2019 kelihatan agak sengit juga saingan di antara pelumba. Tiada siapa boleh mendakwa bahawa beliaulah terer kononnya. Sekali langgar batu, melambung kereta terus total lost.

Apa pun, saingan berikutnya yang bakal berlangsung di Portugal penghujung bulan ini pasti lebih mendebarkan dengan tiga pelumba utama bersaing rapat merebut pungutan mata.

Kedudukan Pelumba

  1. Sebastian Ogier – 122 Mata
  2. Ott Tanak – 112 Mata
  3. Thierry Neuville – 110 Mata

Kedudukan Pasukan

  1. Hyundai Shell Mobis – 178 Mata
  2. Toyota Gazoo Racing – 149 Mata
  3. Citroen Total – 143 Mata

BACA : WRC 2019 : GILIRAN OTT TANAK PULA MENJUARAI DI SWEDEN

BACA : WRC 2019 : SEBASTIAN OGIER MENANG DI MEXICO

Tags
Google ads
Back to top button