Motosikal

DUCATI PANIGALE V4 25 ANNIVERSARIO 916 AKAN TIBA DI MALAYSIA AWAL TAHUN 2020

Next Bike Sdn. Bhd. (Ducati Malaysia) mengumumkan bahawa peminat Ducati di Malaysia boleh mengharapkan ketibaan model edisi terhad Ducati Panigale V4 25˚Anniversario 916 seawal separuh pertama tahun 2020. 

Terdahulu, Ducati Panigale V4 25˚ Anniversario dilancarkan di Pebble Beach, California dengan kehadiran juara empat kali Kejohanan Dunia Superbie Dunia bersama Ducati, ‘King’ Carl Fogarty pada tahun 1990-an.

 Bagi meraikan ulang tahun ke-25 Ducati 916, hanya 500 unit edisi terhad Ducati Panigale V4 25˚ Anniversario akan dihasilkan. Ia hadir bersama nombor siri, livery original dan pelbagai komponen perlumbaan yang eksklusif.  

Pasukan Ducati terus memberi tribut kepada model 916 pada acara Kejohanan Superbike Dunia 2019 (WorldSBK) di Laguna Seca baru-baru ini apabila jentera pelumba Alvaro Bautista dan Chaz Davies tampil di litar dengan grafik yang diinspirasikan daripada Panigale V4 25°Anniversario 916.

Ducati 916 dilihat menjadi pengubah kepada dunia reka bentuk motorsikal dan berjaya membuatkan para peminat motosikal di seluruh dunia jatuh cinta padanya.

Memiliki reka bentuk yang bergaya, elegan, ringan dan berteknologi inovatif, 916 sememangnya paksi kepada motosikal buatan Itali. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button