
RASMI: MOTO MORINI ALLTRHIKE 450 LANCAR UNTUK PASARAN MALAYSIA – RM28,888
MForce Bike Holdings melancarkan Moto Morini Alltrhike 450 untuk pasaran Malaysia dalam satu majlis yang berlangsung di Taizhou,China.
Menurut MForce, Alltrhike 450 akan mula didapati di pusat jualan rasmi MForce dengan harga jualan RM.

Alltrhike 450 bakal bersaing dalam segmen adventure 450cc yang ketika ini dibarisi Royal Enfield Himalayan 450, KTM 390 Adventure dan CFMoto 450MT.
Atas kertas, Alltrhike 450 menampilkan gaya yang lebih retro berbanding pesaing lain dalam segmennya dengan gabungan dua lampu bulat di hadapan, fender tinggi serta panel tangki yang bersegi.

Bagaimanapun, Alltrhike 450 menawarkan kelengkapan moden dan terkini termasuk penghadang angin, panel meter TFT dengan sistem navigasi, pengecas USB Type-A dan Type-C. Motosikal ini juga dilengkapi dengan ‘skid plate’ dan ‘center stand’ secara standard.

Sebagai pelengkap motosikal ‘adventure, model ini juga hadir dengan rim 21-inci depan dan dipadankan bersama fork KYB 42mm jenis terbalik dengan jarak gerak 200mm. Menariknya, sistem ABS boleh dipadamkan sekaligus memudahkan tunggangan off-road.

Dalam pada itu, Alltrhike 450 ini dipacu enjin parallel-twin 450cc serba baharu yang berupaya menjana 44.2hp dan 44Nm. Moto Morini juga mendedahkan bahawa Alltrhike 450 ini menawarkan ketinggian tempat duduk sekitar 847mm dan berat 170kg.
GALERI: MOTO MORINI ALLTRHIKE 450



















