
GAC AION i60 DILANCARKAN: JARAK GERAK EV HINGGA 650KM; EREV 1,240KM – HARGA BERMULA RM75K
GAC Aion baru-baru ini secara rasmi melancarkan Aion i60, sebuah model kompak lima tempat duduk yang ditawarkan dalam dua pilihan; versi elektrik sepenuhnya (EV) dan versi range-extender (EREV).
Bagi mereka yang mahukan jarak pemanduan maksimum, varian EREV menggunakan sistem Xingyuan Range-Extended yang dibangunkan sendiri oleh GAC.
Ia menawarkan jarak elektrik sahaja sehingga 210km (CLTC) dan menyokong pengecasan pantas 3C. Jika digabungkan dengan bantuan enjin 1.5L, model ini mampu mencapai jarak keseluruhan sehingga 1,240km.

Sementara itu, versi EV tulen menggunakan bateri 75kWh, memberikan jarak maksimum 650km.
Aion i60 tampil dengan wajah baharu yang lebih moden:
- Lampu utama berbentuk tirus ke atas dengan dua sumber cahaya LED
- Jalur DRL nipis di bahagian atas
- Logo AION dalam tulisan penuh pada panel hadapan
- Masih mengekalkan rekaan bukaan udara di bampar depan
- Dilengkapi projektor luaran di bahagian hadapan
Dari sisi, model ini mempunyai garis badan serupa dengan Aion V, tetapi dengan saiz lebih besar:
- 4,685mm panjang
- 1,854mm lebar
- 1,660mm tinggi
- 2,775mm jarak roda
Ini menjadikannya 105mm lebih panjang daripada Aion V walaupun kekal sebagai SUV lima tempat duduk. Ia hadir dengan pemegang pintu semi-tersembunyi dan pilihan rim 18 atau 19-inci.

Bahagian belakang pula menggunakan rekaan lampu melintang penuh dengan dua lapisan grafik cahaya, serta logo yang menyala. Pintu belakang boleh dibuka hampir 90 darjah, memudahkan keluar masuk, manakala but elektrik dengan ambang rendah menambah kemudahan harian.
Enam warna ditawarkan, termasuk Warm Velvet Gold, Galaxy Blue dan Holographic Silver.
Bahagian dalaman Aion i60 pula membawa sentuhan dua tona yang dipisahkan trim bertekstur logam. Tiga tema warna ditawarkan:
- Oat Milk White
- Warm Velvet Light Brown
- Tahiti Grey
Turut disertakan pencahayaan ambien 32 warna, stereng jenis scroll wheel yang lebih ringkas, skrin infotainmen terapung berbentuk segi empat, serta kluster instrumen digital penuh.

Di bawah skrin terdapat dua pad pengecas tanpa wayar, dan model ini masih mengekalkan pemegang pintu mekanikal tradisional.
Untuk ciri keselamatan dan bantuan pemanduan, Aion i60 dilengkapi sistem bantuan pemanduan GAC GSD yang menyokong:
- NDA (Navigation Driving Assist) untuk pemanduan lebuh raya
- HPA (Intelligent Parking Assist) untuk parkir automatik
- Bantuan masuk/keluar simpang
- Pertukaran lorong automatik
Untuk janakuasa, perincian adalah seperti berikut:
Varian EV
- Bateri: 75kWh
- Jarak: sehingga 650km
Varian EREV
- Enjin: 1.5L, 74kW
- Jarak elektrik: 210km
- Jarak gabungan: 1,240km
- Penggunaan minyak (mode CS): 5.5L/100km
- Motor elektrik: 180kW (241hp)
- Pengecasan 30% ke 80% dalam 15 minit
Beralih pada harga, ia ditawarkan di China bermula daripada 109,800 hingga 135,800 yuan (anggaran RM75,000 hingga RM93,000).
- BACA: SMART #6 SEDAN MUNCUL DI CHINA – MODEL BAHARU DENGAN SISTEM HIBRID PLUG-IN?
- BACA: FORD RANGER RAPTOR SPORT 3.0 DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM273K
- BACA: ENJIN EMPAT SELINDER RINGAN INI MAMPU CECAH 10000 RPM – DAH MACAM ENJIN SUPERBIKE NI
- BACA: CFLITE 250 DUAL MASUK MALAYSIA MAC 2026, BAWAH RM10K







