Motosikal

CFLITE 250 DUAL MASUK MALAYSIA MAC 2026, BAWAH RM10K

Kami baru sahaja selesai membuat lawatan ke kilang CFMoto di Zhejiang, China dan berpeluang menguji beberapa model serba baharu termasuk CFLite 250 Dual. 

Berdasarkan perkembangan terbaru, kami dimaklumkan bahawa motosikal dual-purpose itu akan masuk Malaysia pada tahun 2026 di antara bulan March atau Mei depan. 

Lebih menarik, CFlite 250 Dual itu akan ditawarkan pada harga bawah RM10,000 sekaligus bakal memberi saingan sengit pada beberapa model lain di Malaysia termasuk Kawasaki KLX 230 yang ditawarkan pada harga sekitar RM23k. 

Menggerakan 250Dual ini adalah unit satu silinder 249.2cc  dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 24hp pada 8,000rpm dan 22.5Nm pada 7,000rpm.

Berbeza dengan 230Dual yang dipasarkan di Filipina yang mengguna pakai sistem karburator, versi 250cc ini pula menggunakan suntikan bahan api (EFI). 

Kelengkapan lain ditawarkan termasuk:

  • tangki bahan api 13L
  • cakera brek 265mm depan
  • cakera brek 220mm belakang
  • lampu LED
  • rim spoke (tube)
  • USB Type-A

Melengkapkan CFLite 250Dual ini sebagai motosikal dual-purpose adalah penggunaan rim berukuran 21-inci depan dan 18-inci belakang. Menariknya, ABS juga didatangkan secara standard.

Google ads
Back to top button