Motosikal

RASMI: WMOTO CRUISER AMT 125 DIPERKENAL – GEAR AUTOMATIK, RM5,988

WMOTO dengan rasminya melancarkan motosikal cruiser unik menerusi Cruiser AMT 125 dengan harga jualan RM5,988. 

Tawaran terbaru WMOTO ini merupakan motosikal yang unik kerana meskipun hadir dengan reka bentuk cruiser namun model ini dilengkapi dengan transmisi automatik. 

Dalam pada itu, model baharu ini menawarkan 7.8hp pada 8,000rpm dan 8.8Nm pada 6,000rpm yang dibekalkan enjin satu silinder 124cc SOHC dengan sistem penyejukan udara. Kombinasi enjin yang kecil dan transmisi automatik menjadikan model ini cukup sesuai untuk penunggang baharu. 

Sementara itu, walaupun menggunakan transmisi automatik namun pacuan akhir menggunakan rantai seperti motosikal konvesional. 

Perincian lain ditawarkan termasuk:

  • tangki berkapasiti 6L
  • berat 119kg
  • fork teleskopik 
  • lampu LED penuh

Setiap pembelian WMOTO Cruiser AMT 125 didatangkan dengan waranti kilang dua tahun atau 20,000km (mana yang sampai dahulu). 

Google ads
Back to top button