Motosikal

TERKINI: SAH, PESAING NINJA ZX-25R AKAN TIBA DI MALAYSIA NOVEMBER INI, BAWAH RM23K

Baru-baru ini MForce Bike Holdings telah pun melancarkan motosikal sportsbike satu silinder 250cc untuk pasaran tempatan menerusi QJMotor SRK 250 S.

Ketika pelancaran, MForce turut mempamerkan model yang akan dilancarkan pada November tahun ini iaitu QJMotor SRK 250 RD yang bakal memberi saingan pada Kawasaki Ninja ZX-25R disini.

Ini kerana SRK 250 RD turut dipacu enjin empat silinder 250cc dan menawarkan 40hp serta 22Nm pada 12,500rpm lantas bakal menjadi pesaing pada Ninja ZX-25RR.

Lebih menarik, kami diberitahu bahawa SRK 250 RD bakal dijual di Malaysia dengan harga bawah RM23k. Untuk perbandingan, Ninja ZX-25R dijual pada harga RM33k.

Kami juga difahamkan pelancaran sebenar SRK 250 RD akan dilakukan di China dengan media tempatan akan diterbangkan ke sana bagi menyaksikan pelancaran tersebut.

Selain spesifikasi enjin yang mengangumkan, SRK 250 RD ini turut hadir dengan perincian lain termasuk:

  • fork depan jenis upside/down
  • cakera brek tunggal 320mm depan dan 240mm belakang
  • brek Brembo M4
  • tayar 110/70-17 depan
  • tayar 150/60-17 belakang
  • berat 176kg
  • tangki 16L

Lebih menarik, ada beberapa penambahbaikan telah dilakukan pada SRK 250 RD menjelang pelancaran pada bulan November nanti antaranya winglet dan dashcam depan dan belakang.

Google ads
Back to top button