Motosikal

ISU BENDA LFC700 PRO TELAH SELESAI MELALUI SALURAN SAH – MFORCE

Baru-baru ini telah tular isu melibatkan pemilik motosikal jenis BENDA LFC700 PRO di media sosial. 

Susulan dari itu, MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama BENDA di Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan perkara tersebut. 

MForce dalam satu kenyataan mejelaskan bahawa motosikal pelanggan tersebut yang mengalami masalah telah pun dibaik pulih ekoran motosikal berkenaan berada dalam tempoh jaminan. 

“Pemilik motosikal tersebut telah membuat laporan kepada Tribuna Tuntutan Pengguna Malasyai (TTPM) dan kes telah dibicarakan mengikut prosedur serta keputusan pun telah diperoleh.”

Mengambil kira faktor tersebut, MForce menyifatkan isu tersebut telah pun diselesaikan mengikut saluran yang sah. 

“Kami kesal kerana perkara ini telah dihebahkan di media sosial dengan cara yang tidak wajar sehingga boleh menjejaskan nama baik syarikat serta jenama yang kami wakili. 

“Oleh itu, pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi reputasi syarikat serta memastikan pengguna menerima maklumat yang tepat serta perkhidmatan selepas jualan yang baik seperti yang dijanjikan,” jelasnya. 

Dalam pada itu, MForce beri jaminan bahawa setiap produk yang diedarkan didatangkan dengan waranti kilang yang sah dan sebarang isu teknikal akan ditangani secara profesional. 

Google ads
Back to top button