
Motosikal
LEBIH 10,000 PEMILIK HARLEY-DAVIDSON MERIAHKAN NATIONAL HARLEY DAY-UNITED WE RIDE
Lebih 10,000 pemilik Harley-Davidson dan HOG (Harley Owners Group) sekitar Asia Pasifik telah bersama-sama meraikan jenama tersebut sempena United We Ride – National Harley Day.

Puluhan ribu pemilik Harley-Davidson di rantau Asia Pasifik bersama-sama pengedar negara masing-masing telah menunggang motosikal bersama-sama dan berjaya merekodkan perbatuan lebih 1 juta kilometer.

Menariknya, selain meraikan komuniti Harley-Davidson, program yang berlangsung di negara masing-masing itu turut berjaya meningkatan tahap kesedaran terhadap isu domestik dan global.
Selain itu, acara kali ini turut menyaksikan sejumlah kutipan derma dapat diraih bagi golongan yang tidak bernasib baik termasuk kanak-kanak.








