
BERBEKALKAN SLOGAN BAHARU “REDEFINING BOUNDARIES”, AVETA BAKAL LANCAR MINIMOTO PERTAMA?
Jenama AVETA semakin meningkat naik di pasaran tempatan terutamanya sejak pelancaran NOVA 160 dan Vanguard 250.
Dalam perkembangan terbaru, AVETA telah mengumumkan slogan baharu, “Redefining Boundaries” yang bakal mencaturkan visi dan misi jenama itu selepas ini.

Menariknya, AVETA bakal mengiringi slogan terbaru itu dengan pelancaran model baharu tidak lama lagi berdasarkan teaser terbaru yang dikongsikan di media sosial.
Meskipun gambar tersebut tidak mendedahkan rupa jelas model tersebut namun kami berasakan teaser berkenaan merujuk kepada sebuah motosikal minimoto yang diinspirasikan dari Honda Monkey 125.

Untuk makluman, AVETA pernah mempamerkan motosikal tersebut ketika di Malaysia Autoshow 2024. Ketika itu, spesifikasi ringkas turut dikongsikan.
Motosikal tersebut – yang belum diketahui nama model – dipacu enjin satu silinder 148cc SOHC dengan sistem penyejukan udara dan berupaya menjana 9.3hp pada 7,500rpm dan 10.5Nm pada 5,000rpm.

Perincian lain ditawarkan teramsuk fork USD, penyerap hentak berkembar, cakera brek depan dan belakang, rim 12-inci, tangki bahan api berkapasiti 5.6L dan pencahayaan LED.







