
RASMI: WMOTO EZ125I LANCAR DI MALAYSIA – HANYA 95KG, RM4,588
Baru-baru ini MForce Bike Holdings telah melancarkan sebuah skuter mampu milik baharu menerusi WMOTO EZ125i yang ditawarkan pada harga hanya RM4,588.
Kami dimaklumkan bahawa EZ125i ini merupakan pengganti kepada ES125i dan mengguna pakai sistem suntikan bahan api (fuel injection) berbanding karburator.

Atas kertas, EZ125i menawarkan 10.7hp pada 7,500rpm dan 9.5Nm pada 6,000rpm yang terhasil dari enjin satu silinder 124cc dengan sistem penyejukan udara. Sebagai kemudahan, skuter ini bukan sahaja dilengkapi idengan starter elektrik malah turut datang starter kaki.
Saiz EZ125 ini cukup sesuai untuk pengguna yang mahukan sesuatu yang kompak dan mudah dikendalikan ekoran datang dengan ketinggian tempat duduk hanya 760mm dengan berat 95kg.

Selain itu, tangki bahan api 6.5L juga agak besar bagi skuter 125cc sekaligus menawarkan penjimatan yang lebih baik.
Antara perincian lain ditawarkan termasuk:
- lampu LED penuh
- pengecas USB Type-A
- tiga ruang letak barang

ASetiap pembelian WMOTO EZ125i didatangkan dengan waranti kilang 20,000km atau dua tahun (mana yang sampai dahulu).
GALERI: WMOTO EZ125i









