Buletin

‘RAYA BERSAMA GWM’ TAWAR GANJARAN LUMAYAN BERNILAI SEHINGGA RM150,000!

Sempena Hari Raya Aidilfitri, GWM Malaysia telah melancarkan kempen istimewa bertemakan “Raya Bersama GWM”.

Kempen ini menampilkan pelbagai tawaran eksklusif serta ganjaran lumayan bernilai sehingga RM150,000, sebagai simbol penghargaan kepada para pelanggan GWM di seluruh negara.

Menambah lagi keceriaan musim perayaan ini, GWM telah melancarkan muzik video khas berjudul “Kita Ra Raya”, yang boleh ditonton di laman rasmi mereka di Facebook dan YouTube.

Rumah Terbuka GWM Raya-tastic

Dari 12 hingga 27 April 2025, pelanggan dan orang ramai dijemput hadir ke acara Rumah Terbuka Raya-tastic yang akan berlangsung di pengedar sah GWM terpilih di seluruh Malaysia.

Selain menikmati jamuan ringan, pengunjung berpeluang menyertai Cabutan Bertuah Tempah & Menang dengan pelbagai hadiah menarik ditawarkan.

Untuk mereka yang sedang merancang perjalanan pulang ke kampung, promosi Hari Raya kali ini menawarkan pelbagai faedah luar biasa, termasuk:

  • 5 tahun penyelenggaraan percuma, termasuk alat ganti dan upah kerja, untuk semua model GWM – termasuk GWM ORA GOOD CAT, ORA 07, TANK 300 dan HAVAL H6 HEV.*
  • Penjimatan hingga RM25,000, kadar pinjaman istimewa, dan pengecas dinding rumah percuma untuk pembeli ORA GOOD CAT dan ORA 07.*
  • Waranti penuh 6+2 tahun untuk ORA 07.*
  • Waranti tanpa had perbatuan selama 6 tahun untuk TANK 300.*
  • 10,000 km servis percuma untuk HAVAL H6 HEV.*

Uji Pandu dan Dapatkan Ganjaran

GWM turut memperkenalkan kempen Pandu Uji & Menang, di mana pengunjung yang memandu uji mana-mana model GWM akan menerima baucar kopi ZUS. Caranya mudah:

  1. Kunjungi mana-mana pengedar sah GWM dan jalani sesi pandu uji.
  2. Ikuti akaun rasmi GWM Malaysia di Facebook dan Instagram.
  3. Tuntut baucar anda selepas selesai uji pandu.*
  4. Baucar boleh digunakan di semua cawangan ZUS Coffee di Malaysia.*

Kempen Percutian Impian Bersama TANK 300

Untuk peminat SUV lasak, kempen ‘Realise Your Dream Trip with the GWM TANK 300’ kini memasuki bulan kedua. Pelanggan berpeluang memenangi:

  • Baucar percutian bernilai RM888 untuk 25 individu bertuah yang menjalani uji pandu.*
  • 5 baucar percutian bernilai RM8,888 untuk pembeli baharu model TANK 300.*
  • Hadiah utama berupa Kit Modifikasi Iron Cavalry GWM, untuk pembeli bertuah.*

Pelbagai Hadiah Menanti di Cabutan Raya-tastik

Sepanjang kempen berlangsung, pengunjung juga berpeluang merebut hadiah eksklusif seperti:

  • iPhone 16
  • iPad Air
  • TV Samsung 55-inci
  • Apple Watch SE
  • Konsol Digital PS5
  • Kad hadiah Petronas RM1,000
  • Dyson V8 Slim Fluffy
  • AirPods 4
  • Sony WH-1000XM5
  • Baucar percutian bernilai RM2,000*

Jangan lepaskan peluang mendapatkan sampul raya berisi baucar istimewa seperti baucar Nando’s, AEON, Petronas bernilai RM50, atau hadiah misteri bernilai sehingga RM1,500.*

Untuk maklumat lanjut, layari laman media sosial rasmi GWM Malaysia atau kunjungi mana-mana bilik pameran sah mereka. Raya kali ini lebih meriah dengan GWM di sisi anda!

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Google ads
Back to top button