
NISBAH MAMPATAN DINAIKKAN, ENJIN JAHANAM
Bagi enjin pembakaran dalam, nisbah mampatan merupakan salah satu parameter yang berguna bagi mengukur kecekapan thermodinamik sesebuah enjin. Semakin tinggi nisbah mampatan yang diguanakan, semakin tinggi kuasa yang dihasilkan terutama bagi enjin aspirasi normal
Bagi enjin turbo pula, nisbah mampatan biasanya akan direndahkan sedikit bagi memberi ruang untuk tekanan turbo bekerja dengan selesa tanpa menyebabkan masalah knocking
Sepasukan mekanik dari Garage 54 Russia telah mencuba eksperimen menggandakan nisbah mampatan enjin Lada Samara yang datang dengan rekaan 4 silinder. Tujuan eksperimen sangat murni, apa akan jadi kalau nisbah mampatan dinaikkan?
Projek dimulakan dengan membuka kepala silinder enjin dan menyumbah sejenis bahan seperti lumpur plastesin dan memutarkan flywheel dengan tangan bagi membenarkan injap beroperasi
Tujuannya ialah, bagi mencari titik rujukan dimana injap beroperasi sebelum projek menaikkan nisbah mampatan enjin bermula. Berdasarakan pengiraan, kumpulan mekanik ini menipiskan kepala silinder setebal 1.25mm dengan proses machining dan mengimpal aluminium pada piston
Hasilnya nisbah mampatan enjin meningkat daripada 9:1 kepada 22:1. Tapi risau enjin ini rosak terus, mereka memutuskan untuk meletakkan gasket enjin pada kepala silinder dan mengurangkan nisbah mampatan kepada 16:1
Apa yang mengejutkan ialah enjin ini masih boleh dihidupkan dan beroprasi pada keadaan melahu dengan baik sekali. Tapi enjin ini hanya boleh menggerakkan Lada Samara dengan kuasa yang terhasil pada keadaan melahu sahaja
Namun jika pedal minyak ditekan, masalah knocking mula berlaku biarpun eksperimen dijalankan dengan menggunakan petrol RON100, merosakkan plat aluminium pada piston dan satu piston patah 2.
Seterusnya, pasukan mekanik membuang piston yang rosak dan hanya beroperasi dengan menggunakan 3 silinder sahaja. Tapi nisbah mampatan dinaikkan kepada 18:1. Enjin ini berjaya dihidupkan tapi malangnya ia terus jahanam beberapa detik kemudian.
Jika anda pernah mengalami masalah enjin terlampau panas akibat masalah sistem penyejukan yang rosak, dan kepala silinder telah bengkok maka anda akan jumpa jawapan mengapa pilihan pembaikan yang lebih baik adalah dengan menukar terus kepala silinder
Bukannya dengan melakukan proses machining yang seterusnya menyebabkan enjin mengalami masalah dalam jangka panjang