
REKAAN DALAMAN KIA CARNIVAL 2021 MEWAH DAN MODEN
Pengeluar kereta, Kia terus ‘mempermainkan’ perasaan penggemar jenama kenderaan berkenaan dengan memperlihatkan imej kemasan dalaman model terbaharu Carnival/Sedona.
Terdahulu, Kia telah mengeluarkan imej rekaan luaran Carnival yang menyerlahkan elemen rekaan SUV. Penambaikan radikal itu turut menampilkan aspek mewah, moden dan maskulin.
Melengkapkan rekaan yang semakin mencuri tumpuan, ruang kabin kenderaan ini dilengkapi papan pemuka baharu merangkumi kluster instrumen digital 12.3 inci.

Selain itu, model terbaharu ini didatangkan sistem infotainment serta navigasi skrin sentuh 12.3 inci termasuk teknologi tindak balas haptik.
Butang fungsi yang mengawal suhu kabin turut memiliki ciri sensitif sentuhan.
Menurut Kia, bergantung kepada permintaan pasaran, model Carnival terbaharu akan didatangkan bersama konfigurasi tempat duduk tiga atau empat baris dengan ruang untuk 7, 9 atau 11 orang secara keseluruhan.
Kia merujuk Carnival ini sebagai Kenderaan Utiliti Saiz Besar (Grand Utility Vehicle). Ia bersesuaian dengan jarak antara roda yang dimiliki lebih panjang 30 mm serta badan 10 mm lebar daripada model terdahulu. – carscoops.
- BACA: KIA CARNIVAL 2021. SERLAH REKAAN SUV, LEBIH MEWAH DAN MASKULIN
- BACA: PEJABAT HYUNDAI DISERBU KERANA SEMBUNYI MAKLUMAT KEROSAKAN KERETA
- BACA: DARI BILIK PAMERAN TERUS KE DINDING. PEMILIK BAHARU KIA CARNIVAL UJI BEG UDARA SECARA ‘LIVE’
- BACA: KIA GRAND CARNIVAL FACELIFT 2020. TRANSMISI AUTO 8-KELAJUAN, RM179,888 SEUNIT






