Artikel PilihanBuletin

DAH LA ULAR BERBISA MASUK DALAM KERETA, NYARIS KENA SAMAN PULA SEBAB LANGGAR HAD LAJU

Seorang lelaki berusia 27 tahun dari Queensland, Australia bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga selepas dikenakan saman melanggar had laju sewaktu memandu kenderaan ute di lebuh raya. Sebelum itu beliau sudah pun terperanjat beruk bila menemui seekor ular Eastern Brown dalam kereta yang sedang dipandu ketika kejadian.

Jabatan Polis Queensland melaporkan yang seorang pegawai polis telah menahan seorang lelaki yang memandu dengan kelajuan 123 km/j di kawasan had laju 100 km/j Lebuh Raya Dawson pada 15 Jun lepas. Sebaik ditahan, mereka menyedari yang ia bukan kesalahan trafik biasa.

Pemandu yang dalam keadaan panik itu memberitahu pegawai polis bertugas yang beliau menemui seekor ular yang sangat berbisa sewaktu memandu di dalam kabin kereta beliau. Ia menjalar naik di antara dua kaki beliau dan mula mematuk tempat duduk pemandu. Ngeri weh. Sambil cuba memperlahan kan kenderaan, lelaki itu memberitahu yang beliau menggunakan tali pinggang keledar dan pisau yang ada di dalam kereta untuk melawan ular tersebut.

Nasib baik ular tersebut berjaya dibunuh dan lelaki terbabit memecut laju kenderaan beliau untuk mendapatkan rawatan di hospital kerana percaya yang ular tersebut sempat mematuknya.

Jurcakap polis memberitahu yang mereka sudah biasa dengan alasan pelik yang diberikan pemandu untuk mengelak dari disaman tapi kali ini mereka tahu yang lelaki tersebut bercakap benar. Mereka menemui bangkai ular dan segera memanggil paramedik untuk memberikan rawatan segera.

Syukurlah lelaki tersebut tidak dipatuk tetapi diserang panik kerana terlalu terkejut dengan insiden tersebut. Maunya tak, ular berbisa tu. Kalau ular lidi pun rasanya Abang Japar boleh meraung dengan suara garau inikan pula ular bisa yang sudah terkenal di Australia.

Lelaki yang dikenali dengan nama Jimmy itu sempat berseloroh dengan mengatakan inilah kali pertama beliau merasa bersyukur dan lega sebaik melihat lampu amaran kereta peronda polis.

Tags
Google ads
Back to top button