Buletin

NISSAN INDONESIA LANCAR LIVINA DENGAN SPORTY PACKAGE. TERHAD 100 UNIT. TIRU SAGA KE?

Nissan Indonesia baru-baru ini memperkenalkan Nissan Livina dengan Sporty Package yang terhad kepada 100 unit sahaja.

Tampil dengan warna hitam dan kemasan merah pada bampar depan, belakang, skirting sisi dan perumah lampu isyarat membelok, MPV tersebut ditawarkan pada harga 265 juta rupiah (RM78,300).

Pelanggan sudah boleh membuat tempahan mulai sekarang dengan penyerahan dijangka bermula akhir bulan ini.

Sejak melakukan debut tahun lalu, Livina serba baharu menjadi antara model terlaris Nissan. Populariti itu banyak disumbangkan oleh ruang dalaman yang luas dengan 17 tempat penyimpanan barang, di samping ciri Smart Connectivity Audio.

Tempat duduknya dibalut dengan material hitam bersama jahitan berwarna merah.

Jentera itu juga dilenglapi sistem kamera pandangan keliling atau Around View Monitor (AVM). Ia nyata memudahkan pemandu untuk mengendalikan kenderaan di kawasan yang sempit dengan lebih selamat.  

Livina edisi terhad masih menggunakan enjin yang sama 1.5 liter VTC berkuasa 104PS pada 6,000 rpm dan tork 141Nm pada 4,000 rpm.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dua beg keselamatan (SRS airbag), Lampu Bahaya (hazard) Automatik semasa Brek Kecemasan, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA).

Pembelian MPV tersebut didatangkan bersama Nissan Care Package iaitu servis dan alat ganti percuma selama empat tahun atau program penyelenggaraan berjadual 50,000km (mana-mana tiba dahulu).

Google ads
Back to top button