Buletin

KIA GRAND CARNIVAL FACELIFT 2020. TRANSMISI AUTO 8-KELAJUAN, RM179,888 SEUNIT

Naza Kia Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Kia Grand Carnival yang telah ditambah baik ke pasaran tempatan.

Grand Carnival facelift boleh anda miliki pada harga RM179,888 (di atas jalan, tidak termasuk insurans).

Jadi, apakah penambahbaikan yang ada pada MPV ini? Banyak juga tuan-tuan. Antara yang paling penting ialah Carnival kini didatangkan dengan konfigurasi tempat duduk Multiflex yang dinamik.

Maksudnya, anda boleh memilih konfigurasi 6, 7, 8 atau 11 tempat duduk. Ruang yang fleksibel itu membolehkan semua penumpang duduk dengan selesa tanpa berkompromi dari segi ruang kargo.  

Grand Carnival dikuasakan oleh enjin diesel TCI 2.2 liter berkuasa 200PS pada 3,800rpm dan tork maksimum 440Nm yang boleh dicapai pada rpm serendah 1,750rpm.

Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan baharu, menggantikan kotak gear 6 kelajuan sebelum ini.

MPV ini menggunakan rim aloi bersaiz 18 inci yang dibalut oleh tayar 235/60 untuk cengkaman lebih baik.

Bagi memudahkan urusan keluar masuk, pintu gelongsor berkuasa pada kedua-dua sis boleh dibuka secara manual atau automatik dengan hanya menekan satu butang sahaja.   

Penampilan MPV ini diserlahkan dengan lampu utama dan lampu kabus jenis halogen projektor. Tidak ketinggalan, roof rack baharu dan tingkap automatic dengan kunci keselamatan.

Di ruang kabin pula, Grand Carnival dipasang dengan skrin sentuh HMI (human-machine interface) bersaiz 7.0 inci bersama ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Di samping pengecaman suara pada stereng dan tambahan port mengecas USB di tempat duduk baris keempat.

Hadir dengan jaminan pengeluar selama lima tahun, MPV ini didatangkan dalam empat warna pilihan iaitu putih Mutiara, perak, hitam dan logam (Panthera Metal).

Tags
Google ads
Back to top button