Buletin

REMAJA JUAL RUMAH FLAT MILIK KELUARGA PADA SEPARUH HARGA UNTUK BELI MOTOSIKAL

Seorang remaja di China menjual pangsapuri bernilai AS$139,000 (RM640,929) pada separuh harga untuk membeli sebuah motosikal.

Keluarga remaja tersebut akhirnya mengambil tindakan undang-undang untuk membatalkan penjualan itu selepas mengetahui perkara berkenaan.

Sebuah mahkamah di wilayah Henan di tengah China meneliti perjanjian antara remaja itu dan dua ejen hartanah, dikenal pasti dengan nama samaran Xiaowu serta Xiaoyang.

Mahkamah mendapati perjanjian tersebut tidak adil dan sekaligus mahkamah membatalkan penjualan itu.

Xiaohua, 18 tahun, memutuskan untuk menjual harta yang diwarisi daripada datuknya selepas ibu bapanya enggan membelikannya sebuah motosikal.

Remaja itu bersetuju untuk menjual hartanah itu kepada Xiaowu pada separuh nilai pasaran iaitu pada AS$72,000 (RM331,992).

Mahkamah meneliti bukti daripada kontrak yang ditandatangani dan penjualan itu telah diselesaikan secara sah.

Walau bagaimanapun, hakim menganggap perbezaan umur serta pengalaman antara remaja dan ejen mendorong anak muda tersebut menjualnya pada harga yang jauh lebih rendah.

Google ads
Back to top button