AUDI SHOWCASE 14 – 20 OGOS DI PAVILION KUALA LUMPUR, PAMER MODEL E-TRON GT QUATTRO DAN RS E-TRON GT
Audi baru-baru ini mengumumkan bahawa bakal mengadakan Pameran Audi (Audi Showcase) dari 14 hingga 20 Ogos 2023 di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur.
Di acara berkenaan, peminat Audi dapat melihat lebih dekat reka bentuk serta inovasi rangkaian e-tron terbaru iaitu e-tron GT quattro dan RS e-tron GT.
Kedua-dua EV premium ini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dua bulan lalu bersama-sama dengan SUV e-tron Q8 dan Q8 Sportback e-tron.
Walau bagaimanapun, semua stok e-tron untuk pasaran tempatan telah pun ditempah sepenuhnya sebelum acara pelancaran berlangsung, menurut pengedar rasmi Audi di Malaysia, PHAS Automotive Malaysia (PHSAM).
Untuk rekod, model e-tron GT quattro ditawarkan pada harga bermula RM559,000 hingga RM643,000 sementara jentera berprestasi tinggi RS e-tron GT diberi tanda harga antara RM749,000 dan RM769,000.
- BACA: RANGKAIAN 7 MODEL EV AUDI KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN. PREBIU RS E-TRON GT, BERMULA RM749K
- BACA: DIMANAKAH KEKUATAN SEBENAR NISSAN GTR ? ATESSA E-TS JAWAPANNYA.
- BACA: AUDI LANCAR E-TRON GT SERBA CANGGIH DAN MEWAH, GUNA TEKNOLOGI TAYCAN. HARGA BERMULA RM489,175
- BACA: AUDI LANCAR RANGKAIAN 7 EV E-TRON KE PASARAN MALAYSIA. BERMULA RM394K