Buletin

REMAJA TANPA LESEN LANGGAR TEMBOK PAGAR BALAI POLIS

Seorang remaja lelaki menggemparkan Kuala Langat apabila kenderaan dinaiki terbabas dan merempuh kenderaan lain sebelum melanggar tembok pagar batu Balai Polis Sungai Jerom, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila remaja tersebut, memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan ke Sungai Buaya Jenjarom dari Banting.

Remaja tersebut yang merupakan pembantu kedai berusia 19 tahun bagaimanapun didapati memandu tanpa lesen.

Kereta itu telah hilang kawalan semasa membelok ke kiri lalu terbabas ke bahu jalan dan terlanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang diparkir di hadapan balai polis tersebut.

“Akibat daripada perlanggaran itu Perodua Bezza bergerak ke hadapan dan terlanggar tembok pagar batu Balai Polis Sungai Jarom.

“Namun, pemandu Myvi itu tidak mengalami sebarang kecederaan dengan ujian air kencing terhadapnya adalah negatif,” katanya.

“Semakan turut mendapati pemandu itu bagaimanapun tidak mempunyai lesen.”

Orang ramai mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Nur Farhana Abdullah di talian 013-2065466 atau 03-31872222 dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button