Buletin

RENAULT 5 TURBO 3E DENGAN LIVERI RALI – BARULAH NGAM KAN?

Lama dahulu, Renault pernah menghasilkan sebuah model hot hatch, Renault 5 Turbo yang cukup terkenal dan juga laju. Dan kini Renault menghasilkan pula model, Renault 5 Turbo 3E sebagai tanda penghormatan terhadap model lagenda di era 80an tersebut yang cukup dikagumi dengan penggunaan enjin petrol berkuasa turbo.

Akan tetapi Renault 5 Turbo 3E juga lebih daripada itu. Lebih daripada sekadar restomod model ikonik, dimodenkan, inovatif, elektrik, malah lebih meriah dan berkuasa daripada pendahulunya, ia menegaskan identitinya sebagai sebuah model pertama dalam kelas kenderaan baharu, mini supercar.

Sekali imbas kita barangkali menyangka ianya adalah sebuah model kompak hatchback yang biasa – biasa. Tetapi sebenarnya Renault 5 Turbo 3E ini mempunyai dimensi yang cukup besar. Casis model ini telah dibina oleh Alpine yang ditambah dengan hasil kerja badan menggunakan gentian karbon.

Renault 5 Turbo 3 E ini mempunyai dimensi nisbah panjang/lebar minimum 2.01, meletakkannya dalam liga yang sama dengan supercar, tetapi dalam format hot hatch yang kompak. Berbanding Renault 5 E-Tech, model ini telah dievolusi dengan tambahan dimensi 3.92 mm panjang dan 2.54 mm lebar serta jarak titik roda sehingga 2.57 mm sekali gus mengalihkan ke belakang cermin belakang sedikit ke belakang.

Sudah semestinya model ini dibina disamping model Renault 5 E-Tech dengan kerjasama Alpine, mengulangi apa yang pernah mereka lakukan terhadap model Renault 5, Renault 5 Alpine dan juga Renault 5 Turbo.

Tapi yang paling nyata, rekaaan luaran Renault 5 Turbo 3 E ini diinspiraskan daripada model asal Renault 5 Turbo tetapi masih lagi tampil dengan rekaan moden yang diambil daripada model moden Renault 5 E-Tech.

Dengan penampilan yang lebih lebar dan rendah, jelas aerodinamik menjadi kunci kepada kestabilan model ini untuk memecut laju disamping splitter yang turut dipasang pada bahagian bampar hadapan.

Renault 5 Turbo 3E mempunyai berat keseluruhan tidak melebihi 1,450 kilo, termasuk bateri 70 kWj yang disimpan di bawah lantai untuk memberikan kestabilan titik graviti. Dengan penjana kuasa 540 HP(2 x 200 kW), ia mempunyai nisbah kuasa-kepada-berat yang luar biasa sebanyak 2.7 kg/hp, sama seperti supercar ikonik. Dengan jangkaan 0-100 km/j masa di bawah 3.5 saat dan jarak lebih 400 km di jalan raya (Julat gabungan WLTP menunggu homologasi). Pengecasan bateri AC penuh mengambil masa kira-kira lapan jam dengan pengecas 11 kW digunakan.

Bahagian kabin menampilkan paparan skrin OpenR 10.1-inci dan 10.25-inci akan memaparkan maklumat pemanduan, navigasi dan multimedia melalui antara muka yang diilhamkan oleh papan pemuka Renault 5 Turbo yang asal.

Walau pun terdapat beberapa pilihan warna dan tema yang boleh dipilih, akan tetapi liveri perlumbaan berwarna kuning, putih dan hitam model rali Tour de Corse 1982 pastinya cukup kena dengan Renault 5 Turbo 3E.

BACA : RENAULT 5 TURBO 3E – HOT HATCH DENGAN HARGA SEBUAH SUPERCAR

BACA : RENAULT 5 E-TECH ELECTRIC, MODEL IKONIK KEMBALI! JARAK PEMANDUAN 400KM

Google ads

B K

Back to top button