Buletin

RENAULT 5 E-TECH ELECTRIC, MODEL IKONIK KEMBALI! JARAK PEMANDUAN 400KM

Renault 5 kembali! Nampaknya trend mengeluarkan semula kereta ikonik masih utuh. Berbeza daripada sebelum ini, Renault 5 digerakkan kuasa elektrik penuh.

Renault 5 merupakan kereta yang terkenal pada zamannya dengan jualan di serata dunia dari tahun 1972 hingga 1985 melebihi 5.5 juta unit!

Renault 5 juga terkedepan dengan menjadi kereta pertama yang mencatatkan penggunaan bahan api di bawah lima liter untuk 100 kilometer pada kelajuan 90 kilometer sejam.

Satu lagi yang menarik, Renault 5 terbaru bukan model elektrik pertama kerana Renault pernah mengeluarkan Renault 5 Electrique pada 1974!

Renault 5 E-Tech electric dikekalkan sebagai sebuah kereta bandar kecil dengan ukuran panjang 3.92 meter (m), lebar 1.77 m dan tinggi 1.5 m.

Sebagai perbandingan, Renault 5 sembilan sentimeter (sm) lebih pendek, enam sentimeter lebih tinggi dan juntaian empat sentimeter lebih pendek daripada Renault Clio.

Kedudukan roda terletak elok dengan badan kereta yang disumbang lebar trek depan 1.55 m dan 1.53 di belakang. 

Renault 5 merupakan model pertama yang dibangunkan dari pelantar AmpR Small dan walaupun tidak sampai empat meter, Renault memanfaatkannya sebaik mungkin untuk keluasan dalaman.

Satu perkara yang perlu diketahui, pelantar itu berkongsi beberapa perkakasan dengan pelantar CMF-B dan secara langsung berjaya mengurangkan kos.

Jarak roda 2.54 m memberikan ruang mencukupi untuk penumpang. Lebar bahagian dalam ialah 1.38 m di depan dan 1.36 di belakang. 

Kerusi belakang boleh dibaring dengan pisahan 60:40 dan but mempunyai keluasan 326 liter dan besar untuk sebuah kereta begini.

Sebanyak 19 liter ruang simpanan boleh didapati dari pelbagai lokasi di dalam kereta.

Satu lagi yang menarik ialah Renault 5 lengkap dengan rim 18 inci sebaik sahaja keluar dari kilang.

Selain reka bentuk luaran, bahagian dalaman juga membawa kenangan lalu dengan kerusi yang diilhamkan dari R5 Turbo.

Sesuai sebagai kenderaan elektrik (EV), Renault menggunakan bahan kitar semula seperti botol PET dan fabrik.

Papan pemuka turut membawa aura klasik dan moden dengan skrin bersambung saiz sepuluh inci untuk pemandu dan skrin multimedia juga dalam ukuran sama.

Satu teknologi baharu pada Renault 5 ialah sistem One Box yang menyatukan fungsi pembrekan dan ESP di dalam modul sama bagi menjimatkan ruang bonet.

Sistem itu memendekkan tindak balas sistem pembrekan kecemasan automatik. Turut dilengkapi sistem pam pemanas yang berfungsi bersama sistem HVCH (High Voltage Coolant Heater).

Sistem itu berfungsi bagi menjimatkan tenaga sebanyak mungkin dari bateri dan mengubah suhu dalaman ke tahap yang selesa secepat mungkin selepas kereta dihidupkan dalam keadaan sejuk.

Ciri-ciri Renault 5 E-Tech electric:

  • Ukuran (m): 3.92 (p) x 1.77 (l) x 1.5 (t)
  • Jarak roda (m): 2.54 
  • Juntaian (mm):  749 (d), 633 (b)
  • Luat but: 326 liter
  • Jarak kelegaaan bumi (mm): 145
  • Berat (kg): 1,450 (52 kWj), 1,350 (40 kWj)
  • Motor: 90 kW (120 hp, 225Nm), 110 kW (150 hp, 245Nm)
  • Bateri litium-ion
  • Jarak pemanduan: sehingga 400 km (52 kWj), 300 km (40 kWj)
  • Pengecas AC: 11 kW untuk motor 90 dan 110 kW
  • Pengecas DC: Sehingga 80 kW (motor 90 kW), 100 kW (motor 110 kW)
  • Prestasi 0 – 100 km, kelajuan maksimum (110 kW / 52 kWj): Bawah 8 saat, 150 km/j

Google ads
Back to top button