Buletin

RENAULT MEGANE BARU 30 SAAT KELUAR KEDAI. POLIS DAH SITA PULA

Seorang pemilik Renault Megane hanya sempat melaram selama 30 saat jentera terbaharu dari kedai pengedar  sebelum ia disita pihak polis.

Selepas membeli kenderaan terbabit, lelaki berkenaan hilang kawalan ketika memandu dan hampir melanggar kereta polis dari arah bertentangan.

Bukan sahaja hendak melanggar kereta polis tetapi lelaki itu tidak memiliki insurans kenderaan sekali gus mengakibatkan Megane tersebut disita pihak polis. Masa melaram hanya 30 saat!!!

“Kenderaan berkenaan hampir melanggar jentera kami dari arah hadapan.

“Pemandu berkenaan memberitahu pihak polis dia baharu sahaja membeli kereta terbabit 30 saat lalu. Begitupun, dia tidak memiliki insurans. Anda semua mengetahui apa yang berlaku selepas itu,” kata Polis Northamptonshire dalam ciapan Twitter.

Polis Northamptonshire sedang melaksanakan kempen keselamatan jalan raya dipanggil Operasi Perjalanan.

Sejak ia dilancarkan pada Oktober lalu, sebanyak 64 kenderaan tanpa insurans telah disita pihak polis. – carbuzz

Google ads
Back to top button