HONDA CIVIC TYPE R VS RENAULT MEGANE R.S. 300 TROPHY. MANA LAGI POWER?
Honda Civic Type R dan Renault Megane R.S. 300 Trophy merupakan dua jentera ‘panas’ hatchback masa kini.
Bagaimanapun, jentera dengan transmisi manual yang mana lebih power apabila berentap di jalan lurus?
Untuk mengetahui jawapan tersebut, anda kena menonton video di bawah apabila Cars.co.za membandingkan dua hatchback itu dalam perlumbaan drag.
Megane R.S. 300 Trophy mendapat khidmat enjin 1.8 liter empat silinder turbocharge yang mampu menghambur kuasa 296 hp dan tork 420 Nm.
Mereka yang ingin mendapatkan kenderaan ini diberi pilihan sama ada ingin transmisi klac dual enam kelajuan ataupun manual enam kelajuan.
Jika dibandingkan dengan Civic Type R, ia memiliki kelebihan dengan didatangkan enjin 2.0 liter empat silinder turbocharge yang berkemampuan menjana kuasa 306 hp (di Eropah dan Jepun 316 hp) dan tork 400 Nm.
Model Honda Civic Type R dilengkapi pacuan roda hadapan sama seperti jentera Megane.
Ketika permulaan perlumbaan, seperti dijangka Honda mendahului Megane. Bahkan, jentera pengeluar Jepun ini berjaya mengatasi Renault pada garisan penamat dalam persaingan sengit itu. – carscoops.