Buletin

RIM ORI BUGATTI EB110 HENDAK DILELONG. HARGA BERMULA RM39K

Rim original Bugatti EB110 bakal dilelong oleh firma lelongan RM Sotheby’s pada hujung bulan ini.

RM Sotheby’s menganggarkan rim multi-jejari itu dapat dijual pada harga sekitar 8,000 euro (RM39,000) hingga 12,000 euro (RM58,400). Rim aloi tempaan jenis 2 piece itu dihasilkan oleh pembuat rim terkemuka, BBS.  

Bidaan yang hanya dilakukan secara dalam talian itu akan bermula pada 12 April dan berakhir pada 29 April 2021. Rim tersebut kini berada di Denmark dan jika anda membelinya, jangan lupa sekali kos untuk penghantaran ke rumah.

Memang tidak murah, tetapi bukan senang nak dapat rim begini.

Google ads
Back to top button