
MITSUBISHI NAK LELONG 14 JENTERA “KHAZANAH” DI UK
Mitsubishi akan mencairkan aset “khazanah” di United Kingdom (UK) dengan melelong 14 kenderaan pelbagai model.
Antara model Mitsubishi pertama didaftarkan di UK iaitu Lancer Colt 1974 yang mendapat khidmat enjin 1.4 liter dipadankan transmisi manual dengan jarak perbatuan 116,613 km.
Selain itu, terdapat juga model demonstrasi pertama yang digunakan dalam program pengambilan pengedar iaitu Colt Galant 1974.

Ia hadir dalam varian premium 2000 GL dengan enjin 2.0 liter Astron yang menghasilkan kuasa 115 hp.
Jika ingin sesuatu yang lebih klasik, terdapat model replika berskala Mitsubishi Model A 1917.
Jentera tersebut dibangunkan berdasarkan kenderaan produksi siri pertama Jepun terhad kepada 30 unit sahaja tetapi kesemuanya sudah ‘mati’.

Tidak mengejutkan apabila Mitsubishi turut menawarkan beberapa jenis model Evo termasuk Mitsubishi Lancer Evo VI Tommi Makkinen Edition 2001, Mitsubishi Lancer Evo IX MR FQ-360 HKS 2008 dan Mitsubishi Lancer Evo X FQ-440 MR 2015.
Syarikat berkenaan turut akan melelong Mitsubishi Lancer Evo IX Group N Works Rally Car 2007 yang memenangi British Rally Championship pada tahun 2007 dan 2008 serta model Galant 2.0 GTI 1989 diubah suai menjadi replika jentera rali.

Antara model menjadi menarik perhatian ialah Mitsubishi Jeep CJ-3B yang dibangunkan selepas Perang Dunia Kedua.
Model-model lain ialah Mitsubishi Shogun 1987, Mitsubishi Shogun 2008, Mitsubishi Outlander PHEV 2015 dan Mitsubishi L200 Desert Warrior 2017.
Lelongan akan dilakukan pada 1 April nanti dan tidak boleh melakukan reserve terlebih dahulu terhadap jentera-jentera terbabit. – carscoops
- BACA: SATU KETIKA DULU, MAZDA 626 INILAH PENCABAR MITSUBISHI EVO
- BACA: MITSUBISHI & NISSAN BAKAL LANCAR KEI-KAR EV TAHUN DEPAN. 200KM SEKALI CAJ, HARGA BAWAH RM75K
- BACA: TOYOTA GR YARIS VS MITSUBISHI EVO VI. TOMMI VS MAKINEN. DRAG RACE BEZA SEJENGKAL SAJA
- BACA: MITSUBISHI OUTLANDER 2022 DILANCARKAN SECARA RASMI. HARGA BERMULA RM104,167