KERAJAAN MEXICO LELONG LAMBORGHINI, PORSCHE & RUMAH UNTUK BANTU ORANG MISKIN
Pihak berkuasa Mexico akan melelong sebuah Lamborghini, rumah dan beberapa aset lain yang dirampas daripada kumpulan gangseter serta sekurang-kurangnya seorang ahli politik.
Hasil program yang dikenali sebagai Robin Hoof itu bakal memanfaatkan perolehan berjuta-juta dolar untuk membantu orang miskin.
Lelongan pertama yang dijadual berlangsung pada Ahad akan melelong 77 buah kenderaan pada harga bermula AS$1.5 juta (RM6.3 juta).
Hasil jualan akan disalurkan ke dua buah majlis perbandaran di negeri Oaxaca yang disifatkan oleh Presiden Mexico sebagai antara paling miskin.
Antara kereta yang dilelong ialah Porsche, Corvette, Mercedes-Benz, Mustang Convertible dan Lamborghini Murchielago buatan tahun 2007.
Manakala keuntungan melelong tiga buah rumah mewah bernilai AS$7 juta (RM29 juta) bakal disalurkan kepada program pemulihan dadah untuk remaja.
Satu laporan yang diterbitkan pada tahun 2017 oleh Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi menyatakan bahawa kajian terkini menggagarkan Mexico kehilangan di antara 5 hingga 9 peratus keluaran negara kasar setiap tahun akibat rasuah.
Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran, Lopez Obrador yang merupakan pemimpin berhaluan kiri telah menjalankan banyak program kebajikan untuk golongan miskin dan tua. Beliau juga memotong gaji penjawat awam dan menjimatkan wang rakuat dengan menghapuskan rasuah.
Obrador yang kerap mengecam golongan elit diketahui selalu memandu sebuah Volkswagen Jetta berwarna putih juga mengumumkan pelan institut Robin Hood pada April lalu.