Artikel Pilihan

SEBIJI TAYAR MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI = SATU SET TAYAR ALZA. KENAPA MAHAL SANGAT?

Minggu lepas, penulis berkesempatan berjumpa dengan pengacara Mekanika popular iaitu Abam Japar. Ketika itu Abam Japar baru sahaja melakukan wheelie dengan menggunakan sebuah motosikal berkuasa tinggi sambil berswafoto. Perhatian penulis bukanlah pada motosikal tersebut, tapi pada tayar yang digunakan

Ya RM 800 ratus satu unit, dan anda boleh beli satu set tayar baru berjenama untuk dipasang pada Perodua Alza. Susah betul nak hadam, satu tayar motosikal berkuasa tinggi sama dengan 4 biji tayar Alza. Tapi kenapa tayar motosikal berkuasa tinggi ini sangat mahal?

1. Tayar motosikal berkuasa tinggi perlukan rekaan khusus

Thread atau bunga tayar adalah salah satu aspek rekaan tayar dimana inilah poin tayar akan bersentuh dengan permukaan jalan. Bunga tayar ini akan direka khusus untuk kegunaan penunggang samaada dari off-road, kegunaan biasa ataupun tayar slick untuk kegunaan litar

Bunga tayar ini akan menentukan karekter pengendalian dan tunggangan serta bagaimana tayar menyingkirkan air ketika hari hujan atau pasir di dalan offroad. Tayar ini perlu dipegang oleh tayar bead yang menjadi asas kepada sidewalls dan memegang aloi rim tayar

Carcass tayar ini boleh dikatakan sebagai kerangka asas tayar dimana getah akan dibalut di sekeliling carcass dan rekaan ini terbahagi kepada 2 samaada bias ply atau radial ply. Akhir sekali ialah sidewall yang menyambungkan dengan bunga tayar dengan bahagian bead.

Rekaan sidewall akan mempengaruhi karekter tunggangan tayar, prestasi dan juga ketahanan tayar disbebkan ia bergeser dengan permukaan jalan ketika selekoh. Disebabkan semua keperluan ini, keperluan kejuruteraan semasa pembinaan dan kawalan kualiti pembuatan lebih tinggi berbanding dengan kereta.

Berbeza dengan tayar kereta yang menggunakan 4 unit, motosikal menggunakan hanya 2 tayar pada satu-satu masa dengan semua tayar belakang menerima bebanan pecutan daripada enjin manakala tayar depan bertindak menukar arah ketika selekoh dan menerima beban yang tinggi ketika membrek

2. Proses pembuatan yang rumit

Pada permulaan prosess, Carcass tayar akan dibina dan diperkukuhkan dengan bunga tayar serta plies pada satu mould yang dikenali dengan nama tyre drums. Lapisan getah sintetik dan ply akan digabungkan pada mould ini bagi membentuk carcass yang kuat tapi fleksibel

Setelah carcass terbentuk, ia akan digabungkan dengan pelbagai campuran getah sehingga ia membentuk sidewalls dan diperkukuhkan dengan cord yang diperkuatkan. Setelah campuran ini terbentuk, ia akan dimasak dalam mold dengan menggunakan wap air panas bagi menggabungkan semua campuran dalam satu struktur

Ketika ini sifat tayar akan bertukar daripada bersifat plastik yang keras menjadi elastik yang kenyal. Apa yang kami ringkaskan ini adalah singkatan kepada 40 proses pembuatan yang terlibat, bermula dari getah sehinggalah tayar siap dimasak

Proses ini lama, memakan masa dan kompleks.

3. Menggunakan bahan berkualiti tinggi dan proses kawalan kualiti pembuatan yang ketat

Bagi memastikan tayar yang dibuat adalah bagus, pengeluar tayar motosikal berjenama akan menggunakan bahan mentah yang berkualiti tinggi sahaja. Ini bagi menjamin tayar yang dikeluarkan memiliki cengkaman yang bagus, lebih tahan lama, dan lebih lasak. Anda tak mahu tayar motosikal meletup ketika ia ditunggang dengan laju di selekoh

Bagi memastikan bahan-bahan berkualiti ini diproses dengan bagus, ia dikawal dengan SOP pengeluaran yang cukup ketat dan hanya sikit sahaja toleransi terhadap kecacatan bahan. Ini akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan pengeluar tayar menghabiskan banyak masa, tenaga dan duit dalam R&D pembangunan tayar.

4. Tak ramai yang beli

Bagi memastikan satu produk menjadi murah ialah dengan memastikan ia dapat dijual dengan kuantiti yang banyak. Ini akan memastikan kos pembangunan R&D, kos pembuatan dan penghasilan dapat diselerakkan dalam kuantiti yang besar dan harga jualan menjadi murah

Tapi bagi tayar motosikal berkuasa tinggi, pembeli tayar ini adalah “niche”, sikit dan tak ramai. Cuba tengok jiran anda, tak pakai Alza, Saga atau pakai Myvi mesti pakai SUV. Dari 10 jiran anda, mungkin yang ke 11 baru pakai motosikal berkuasa tinggi.

Disebabkan hanya dapat dijual pada kuantiti yang sedikit, maka kos pembuatan tayar menjadi mahal dan harga jualan akan menjadi tinggi. Ini adalah sifir biasa dalam industri perkilangan dan pembuatan

Ya memang harga tayar motosikal berkuasa tinggi akan menjadi lebih mahal berbanding dengan tayar kereta ataupun SUV dengan alasan-alasan yang kami nyatakan di atas tadi. Kalau rasa mahal, jangan beli superbike. Gunalah skuter Ego ataupun Alza seperti Abam Japar.

Google ads
Back to top button