Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG CENTRAL SPINE ROAD, 8 PERKARA YANG KITA TAHU.

Sebagai permulaan, kami sebagai rakyat Malaysia mohon kerjasama agensi kerajaan yang terlibat supaya menamakan semula jalan ini mengikut bahasa kebangsaan negara iaitu bahasa Melayu. Kalau kami letak dan terjemahkan semula Central Spine Road kepada bahasa Melayu, bunyi dia agak kurang menarik.

Jalan Tulang Belakang Tengah, begitulah bunyi Central Spine Road atau singkatannya CSR apabila diterjemah terus. Ok, ini fakta pantas berkenaan CSR yang perlu kita tahu.

Sumber: JKR

1. CSR dinamakan sebagai Jalan Persekutuan 34 (Federal Route 34) yang menghubungkan bandar Kuala Krai, Kelantan dengan bandar Kuala Pilah di Negeri Sembilan sejauh 325 kilometer. Berbeza dengan Persekutuan 8 dan 9, CSR merupakan jalan 2 lorong seperti lebuh raya tapi tiada tol dikenakan.

2. Bagi memudahkan pembinaan jalan, CSR dibahagikan kepada 6 fasa pembinaan iaitu

  • Fasa Pertama, Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit sejauh 47km
  • Fasa Kedua, Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang sejauh 60km
  • Fasa Ketiga, Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang 94km
  • Fasa Keempat, Kampung Relong ke Raub 45km
  • Fasa Kelima, Raub ke Bentong 54km
  • Fasa Keenam, Bentong ke Simpang Pelangai 47km, sempadan Pahang dan Negeri Sembilan

Dari enam fasa 6, projek pembangunan CSR terbahagi kepada 30 subpakej.

3. Selain dilengkapi dengan 4 lorong memandu, CSR juga dilengkapi dengan Eco viaduct atau laluan untuk binatang liar bergerak di Fasa Ketiga antara Gua Musang ke Kampung Relong bagi membantu haiwan liar bergerak dari Banjaran Titiwangsa ke Taman Negara, Pahang.

Sumber -laman sesawang Melati Ehsan

4. Jalanraya di fasa ketiga juga dilengkapi dengan Continuously Reinforce Concrete Pavement dengan mesin pembuat jalan ini perlu diimport daripada Jerman. Walaupun kos pembinaan agak tinggi berbanding kaedah premix biasa, permukaan jalan ini memrlukan penyelenggaraan yang minima dan boleh bertahan selama 30 tahun

5. Jalan ini dibina berdasarkan standard JKR R5 yang membolehkan kenderaan dipandu dengan selamat sehingga 90km/j. Dalam pemanduan biasa, ia menjimatkan masa perjalanan dari 7 jam kepada kurang 5 jam. Nak bawa laju, tak ada masalah kalau duit berkepuk-kepuk untuk bayar saman.

6. 14 persimpangan utama dibina bagi memudahkan pengguna jalan raya mengakses destinasi masing-masing dengan mudah seperti di Kuala Krai, Sungai Lakit, Gua Musang, Mentara, Kubang Rusa (akses Tasik Kenyir dan Cameron Highland), Sungai Yu, Chegar Perah, Felda Telang, Kampung Relong, Bentong, Mempaga, KL Karak (akses ke Genting Highland) dan Simpang Pelangai

7. Setakat hari ini, kos pembinaan CSR ini menelan belanja sehingga RM 9.5 billion, tapi ia akan membawa pulangan kepada pembangunan negara dalam bentuk ekonomi terutama kepada Pahang dan juga Kelantan. Ia juga mengurangkan risiko berlakunya kemalangan di laluan Merapoh

8. Daripada semua pakej ini, 21% projek telah disiapkan dan keseluruhan projek akan disiapkan menjelang tahun 2025 dari Kuala Krai sehingga ke Simpang Pelangai. Laluan paling awal disiapkan ialah dari Merapoh ke Seberang Jelai sejauh 62km telah digunakan

Setakat ini kalau dilihat secara kasar, semananjung Malaysia dihubungkan dari Utara ke Selatan melalui CSR, Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Pantai Timur, dan dari Timur ke Barat melalui Jalanraya Grik-Jeli, dan Jalan Persekutuan 185/36 dari Simpang Pulai ke Kuala Berang.

Google ads
"
"
Back to top button