Buletin

SINGAPORE AIRLINES BAKAL TAWAR PENERBANGAN TIDAK KE MANA-MANA PADA BULAN HADAPAN

Pandemik Covid-19 banyak memberi tempias terhadap pelbagai sektor ekonomi di dunia.

Antara sektor terjejas teruk merupakan penerbangan malah sekatan terhadap pengembaraan antarabangsa masih samar-samar.

Berikutan itu, terdapat syarikat-syarikat penerbangan yang mengambil langkah proaktif daripada terus dibelenggu risiko kerugian dan terpaksa membuang pekerja.

Salah satu kaedah yang digunakan adalah dengan menawarkan para pelanggan penerbangan tanpa destinasi tertentu (flight to nowhere).

Singapore Airlines (SIA) bakal menawarkan penerbangan tersebut kepada orang ramai bermula pada bulan hadapan.

Anda naik kapal terbang dan berlegar di udara selama tiga jam serta balik semula ke lapangan terbang.

Menurut Straits Times, perancangan awal program berkenaan melibatkan kerjasama SIA dan Singapore Air Charter tetapi memutuskan untuk meneruskan secara bersendirian.

Setiap penerbangan mengambil masa selama tiga jam itu akan berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Changi.

Selain itu, program berkenaan kemungkinan disertakan bersama pakej penginapan, menaiki limo dan pengalaman membeli-belah di lapangan terbang.

Penganalisis Penerbangan dari Sobie Aviation, Brendan Sobie memberitahu, ia hampir mustahil memberi kesan dari segi pendapatan syarikat.

Bagaimanapun, dia berkata, ia boleh menyuntik pulangan modal kepada syarikat dan membuat pesawat terus berada di udara serta krew bekerja. Justeru, ia adalah lebih baik berbanding tiada apa-apa. – autoevolution.

Google ads
Back to top button