Buletin

smart #2 – MODEL IKONIK 2 TEMPAT DUDUK BAKAL MUNCUL SEMULA!

 

smart bakal menghasilkan model bandar dua tempat duduk serba baharu, dikenali sebagai smart #2.

Model ini akan mengembangkan lagi portfolio produk smart dengan model ultra kompak segmen A, sekali gus menandakan kepulangan semula smart ke segmen yang pernah didefinisikannya.

smart #2 akan mengintegrasikan teknologi pintar terkini sambil mengekalkan ciri unik yang menjadikan smart fortwo satu ikon bandar.

Sebagai imbasan, smart fortwo hadir dalam dua generasi merentasi tahun 1998 sehingga 2024. Model generasi pertama ditawarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

Model generasi kedua pula dibawa oleh pengimport bebas. Sebelum smart #2 atau hadirnya smart #1, smart fortwo terlebih dahulu dikuasakan nadi elektrik.

Rekaan Mercedes-Benz, Dibangunkan Smart

smart #2 direka oleh Mercedes-Benz Design dan dibina di atas seni bina baharu khusus untuk kenderaan ultra kompak.

Seni bina ini dibangunkan oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan dalaman smart sendiri.

Ia bakal menampilkan penyelesaian teknologi baharu untuk segmennya yang kini berada pada fasa akhir reka bentuk dan pembangunan dan akan dikeluarkan di China.

Model serba baharu ini dijadualkan dilancarkan di China, Eropah dan beberapa pasaran global terpilih dengan pelancaran rasmi dijangka pada akhir tahun 2026.

Pelancaran 2026

Selepas melalui kajian kebolehlaksanaan dalaman menerusi projek “project: two”, smart sedang bersiap untuk memperkenalkan smart #2 pada hujung tahun 2026.

Model ini hadir selepas smart #1, #3 dan #5 dan menariknya smart #5 EHD (Electric Hybrid Drive) yang akan dilancarkan di tanah besar China.

Untuk pasaran tempatan, kami optimis smart #2 akan dibawa masuk selepas kesungguhan yang ditunjukkan melalui penawaran smart #1, #3 dan #5.

Google ads
Back to top button