Artikel Pilihan

INI CARA PALING GENIUS ELAK CUKAI – KUSYEN +2

Kalau anda pernah duduk di barisan belakang Porsche 911, Ferrari Mondial, atau Nissan GT-R, anda mungkin rasa macam masuk penjara mini. Ruang kaki hampir tiada, kepala kena siling, lutut tersepit membuktikan memang jelas bukan dibuat untuk keselesaan.

Tapi kenapa wujud juga seat belakang +2 dalam kereta sport dan supercar? Adakah sekadar gimik, atau ada tujuan lebih besar? Jawapannya ialah ia bukan sekadar kosmetik.

1. Strategi Cukai & Undang-Undang

Ramai yang tidak tahu, banyak pengeluar meletakkan juga kusyen di barisan tempat duduk belakang kerana faktor klasifikasi kenderaan.

Di Eropah & UK satu masa dulu, kereta dua tempat duduk dikira “sports car” akan dikenakan cukai lebih tinggi dan insurans premium. Tapi kalau ada empat tempat duduk, walaupun kusyen belakang itu kecil, ia boleh dikira sebagai kereta penumpang biasa.

Porsche ambil peluang ni dengan model 911dengan menyediakan kusyen belakang kecil untuk dapat status sebagai family car. Langkah ini juga ditiru di Jepun yang menggunakan undang-undang cukai jalan juga yang pernah berbeza antara kereta 2 tempat duduk dengan 4 tempat duduk.

Jadi bila Nissan keluarkan GT-R (R35), walaupun fokus performance, dia tetap letak rear seat untuk elak bayaran cukai lebih tinggi yang perlu dibayar oleh pembeli. Secara ringkasnya, seat +2 boleh jimatkan ribuan ringgit dari segi cukai dan insurans.

2. Fungsi “Praktikal”

Jangan salah anggap, kusyen belakang +2 bukanlah langsung tak berguna. Untuk kanak-kanak kecil, kusyen di belakang memang boleh muat. Ramai owner Porsche 911 guna untuk bawa anak ke sekolah. Malah penulis sendiri ada masalah untuk membawa 2 anak ke sekolah dengan Miata

Untuk sesetengah model macam Maserati GranTurismo ada +2 seat yang agak luas untuk perjalanan jarak dekat. Kalau bukan untuk penumpang, ruang belakang boleh jadi tempat simpan beg, helmet, atau barang kecil. Lagi senang daripada bonet depan yang biasanya sempit (macam 911 atau Ferrari FF).

So, walaupun sempit, ia menambah sedikit praktikaliti dalam dunia supercar yang biasanya tak ada ruang langsung.

3. Nilai Jualan Unik & Pemasaran

Selain undang-undang, seat +2 ni juga alat pemasaran. Pengeluar juga boleh mengatakan kereta sport meeka bukan hardcore sangat, boleh jadi everyday car. Porsche misalnya, selalu memasarkan model 911 sebagai kereta sport serbaguna. Ada boot depan, ada 2+2 seat, jadi pembeli rasa lebih sesuai untuk kegunaan harian.

Ferrari pula mengeluarkan model 2+2 macam Ferrari FF atau GTC4Lusso. Walaupun orang jarang isi penuh 4 orang, tapi mesejnya tetap sama iaitu ini supercar yang masih ada jiwa keluarga. Kadang-kadang alasan psikologi tu lebih penting dari praktikaliti sebenar.

4. Prestasi vs Berat

Satu kelemahan jelas ialah kusyen tambahan bermakna tambahan berat. Tapi kebanyakan pengeluar bagi option membuang terus kusyen belakang. Porsche 911 GT3 contohnya, boleh dipesan tanpa seat belakang untuk jimat beberapa kilogram dan pasang roll cage. Jadi, +2 seat ni fleksibel — untuk buyer yang nak praktikaliti sikit, boleh dikekalkan atau untuk purist trackday boleh buang terus


5. Kesinambungan Warisan

Ada juga faktor heritage. Porsche 911 sejak tahun 1960-an datang dengan seat belakang kecil. Ia sudah menjadi sebahagian daripada identiti model tu. Kalau tiba-tiba 911 jadi 2-seater, ia mungkin hilang salah satu ciri klasik yang buat orang sayang. Jadi walaupun seat tu jarang digunakan, ia terus kekal sebagai sebahagian daripada “jiwa” kereta.

Seat +2 dalam kereta sport atau supercar bukanlah sekadar gimik. Ia mungkin sempit, tak selesa, malah nampak macam lawak, tapi ia ada fungsi tersendiri:

  • Jimat cukai & insurans dengan klasifikasi kenderaan lebih mesra.
  • Tambah praktikaliti kecil untuk kanak-kanak, barang atau perjalanan pendek.
  • Faktor pemasaran, pembeli rasa kereta ini “boleh guna setiap hari”.
  • Fleksibiliti, sebab boleh buang untuk jimat berat kalau tak perlu.

Dalam dunia kereta sport, setiap elemen ada cerita di sebaliknya. Seat belakang +2 membuktikan yang kadang-kadang, apa yang nampak tak berguna sebenarnya ada impak besar bukan sekadar pada ruang kabin, tapi juga pada dompet pemilik dan sejarah model itu sendiri.

Google ads
Back to top button