
PUSAT 3S EON SMART GLENMARIE RASMI DIBUKA
Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) secara rasmi melancarkan Pusat 3S pertama Smart di Malaysia.
Menurut Ketua Edaran Automotif DRB-Hicom, Akkbar Danial, pembukaan pusat 3S EON Smart Glenmarie menandakan kemasukan EON dalam pasaran kenderaan elektrik (EV).
“Kami menjangka pusat 3S ini akan memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk model Smart #1.

“Ia juga akan memberi impak yang ketara kepada pasaran EV tempatan”, katanya.
EON yang merupakan anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad melabur hampir RM4 juta dalam EON Smart Glenmarie.
Pusat 3S dengan keluasan 4,362 kaki persegi itu dilengkapi dengan bilik pameran, ruang istirehat pelanggan, kafe, Wi-Fi percuma dan bilik kanak-kanak khusus.

Selain itu, turut tersedia ialah lapan ruang parkir pelanggan, dua pengecas AC (22kW) dan satu parkir pengecas DC (60kW).
Pusat 3S EON smart Glenmarie dibuka dari Isnin hingga Sabtu pada 8:30 pagi hingga 5:30 petang, dan bagi Ahad serta cuti umum, dibuka dari 10:00 pagi hingga 4:00 petang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.eon.com.my.