
SMART #1 CAPAI PENGEDARAN 100 UNIT DALAM TEMPOH SEBULAN
smart Malaysia mencatatkan pencapaian luar biasa dengan pengedaran sebanyak 100 unit kenderaan elektrik (EV) smart #1 dalam tempoh sebulan disebabkan 10 cawangan bilik pamerannya terletak di lokasi strategik.
Ia mempunyai cawangan di Ipoh, Balakong, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Glenmarie, Setia Alam, Melaka, Johor Bahru dan Damansara di Petaling Jaya.
Kemudahan aplikasi digital yang komprehensif iaitu ‘Hello smart’ telah membantu proses pembelian menjadi pantas dan cekap daripada peringkat tempahan kepada permohonan pinjaman, kata Smart Malaysia dalam satu kenyataan dikeluarkan.

“Selain menyerahkkan sebanyak 100 unt EV smart #1 dalam masa yang singkat, kami teruja melihat kereta kami memenuhi kehendak pembeli yang mengutamakan gaya dan keperibadian.
“Pembeli bukan sekadar mencari mobiliti tetapi mereka menghargai gabungan teknologi, keselamatan dan ketersambungan yang ditawarkan oleh kenderaan smart #1 kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Smart Malaysia, Zhang Qiang.
Sebagai tanda terima kasih daripada smart Malaysia, para pelanggan awal telah mendapat jaminan dengan tawaran istimewa iaitu pengecas rumah smartCharge percuma bernilai RM3,200 beserta jaminan selama dua (2) tahun.
Inisiatif ini mampu meningkatkan pengalaman pengecasan pelanggan, menjadikan transisi ke mobiliti elektrik lebih mudah dan bermanfaat.
Tambahnya lagi, tawaran ini juga dilengkapkan dengan pakej jaminan standard untuk memberi pengalaman pembelian yang menyakinkan.