
SUBARU: CESI LADDER FRAME DALAM MONOCOQUE
Bila sebut tentang struktur casis, ramai pembaca kenal dua kategori utama samaada ladder frame atau monocoque sahaja. Cesi ladder frame biasa digunakan dalam trak dan SUV jenis lama satu ketika dulu dengan kepingan cesi dikimpal secara bentuk tangga menghasilkan platform yang tebal, tahan lasak, dan kuat.
Sesuai dengan perkembangan dunia moden dan penggunaan tenaga yang efisyen, cesi monocoque mula mengambil alih tempat dalam dunia automotit. Ia lebih ringan dan moden, serta digunakan dalam kereta penumpang untuk prestasi dan kecekapan bahan api.
Tapi pernahkah anda dengar kereta Jepun yang nampak biasa-biasa sahaja tapi rupa-rupanya menggabungan kedua-dua sistem ni? Subaru adalah jenama yang dipandang biasa sahaja dari Jepun tapi satu ketika dulu Subaru pernah menggabungkan ketahanan ladder frame dengan kelebihan monocoque dalam satu teknologi yang dipanggil “Ring-Shaped Reinforcement Frame Structure”.
Atau dalam bahasa mudah ia merupakan struktur monocoque bertulang macam ladder frame.
Subaru sejak dulu dikenali dengan dua perkara samaada enjin boxer (flat engine) dan sistem AWD simetri penuh atau gabungan 2 teknologi ini dalam satu platform. Tapi yang ramai terlepas pandang iaitu Subaru juga antara pelopor teknologi casis yang luar biasa.
Bermula awal 2000an, Subaru memperkenalkan struktur ‘gelang’ atau ring frame yang dibina dalam unibody (kerangka monocoque). Struktur ini tak seperti ladder frame biasa, tapi mimik bentuk dan fungsi ladder frame dalam cara yang lebih moden dan ringan

Bayangkan kau ada kerangka monocoque, tapi tiang A, B, dan C semua disambung dalam bentuk ‘gelang’. Struktur lantai kenderaan ada tulang melintang dan membujur yang dikimpal terus pada tiang A, B dan C tadi. Ini menghasilkan space frame yang terdiri daripada dinding sisi, bumbung dan lantai diikat jadi satu modul kuat
Subaru menghasilkan Ring-Shaped Reinforcement Frame Structure ini untuk meningkatkan ketegaran casis (body rigidity), mengurangkan impak bila berlaku kemalangan serta ekalkan ringan & kecekapan bahan api
Namun pada masa yang sama Subaru memilih untuk tidak menggunakan cesi ladder frame kerana cesi ini lebih sesuai untuk off-road ekstrim, memiliki ketahanan body twist bila masuk kawasan ekstrem dan jug boleh menunda beban. Tapi kelemahan cesi ini adalah berat dan juga ia menjejaskan prestasi pengendalian
Tapi Subaru dengan sistem AWD dan cesi Ring-Shaped Reinforcement Frame Structure, nekad untuk menghasilkan SUV yang bolehmelakukan semua perkara yang dibuat oleh cesi ladder frame tanpa beban yang berlebihan

Dengan menggunakan cesi Ring-Shaped Reinforcement Frame Structure, Subaru berjaya menghasilkan SUV Forester dan Outback yang kuat seperti ladder frame dan pada masa yang sama menghasilkan rasa pemanduan dan responsif macam sedan
Satu perkara lagi ialah Subaru ini adalah syarikat kecil sama seperti Mazda (berbanding Toyota atau Honda), jadi Subaru kena bijak menggunakan platform tunggal untuk menghasilkan banyak model. Struktur ring ini boleh diubah suai untuk kegunaan sedan, crossover, dan juga SUV dengan DNA casis yang sama.
Beberapa model terkenal Subaru yang menggunakan Ring-Shaped Reinforcement Frame Structure termasuklah:
1. Subaru Forester SG & SH (2002–2012) – SUV pertama Subaru yangmenggunakan casis ni. Handling mantap, tapi tahan lasak.
2. Subaru Outback/Legacy (2000–2014) -Kombinasi wagon dan SUV, stabil dan boleh redah salji, bukit, atau jalan kampung.
3. Impreza WRX & STI (GD & GR Series) – Struktur ni membantu casis kekal rigid walaupun kena hentak masa perlumbaan rally.
Sejak 2016, Subaru mula memperkenal platform baru dikenali sebagai SGP (Subaru Global Platform). Tapi jangan silap kerana SGP ini masih mewarisi DNA Ring-Shaped Reinforcement Frame Structure. Cuma lagi platform SGP lebih moden serta mengunakan lebih banyak ultra-high-strength steel dan lebih banyak titik kimpalan.
SGP ni sekarang jadi asas semua model baru seperti SubaruXV / Crosstrek, Forester generasi ke-5, Subaru Solterra dan juga model WRX terbaru. Antara kelebihan cesi Ring-Shaped Reinforcement Frame Structure termasuklah:
1. Lebih Selamat – Struktur gelang lindungi kabin penumpang lebih baik masa impak sisi dan terbalik.
2. Pemanduan Stabil – Sebab cesi tegar, rasa steering lebih jitu terutama ketika mengambil selekoh laju
3. Kurang Bunyi & Gegaran (NVH) – Struktur lebih rigid bermakna kurang resonan & gegaran.
4. Tahan Lasak – Sesuai untuk kawasan berbukitatau jalan tak berturap tanpa perlu pakai ladder frame berat.
Subaru Global Platform ini bukan sekadar platform baru, tapi ia merupakan evolusi daripada teknologi casis lama Subaru. Ia masih berasaskan konsep “reinforced monocoque” dengan ring-shaped frame namun menggunakan lebih banyak high-tensile steel (980 MPa dan ke atas), lebih banyak spot-weld dan adhesive bonding (untuk kekakuan torsional) dan direka supaya boleh menerima powertrain berbeza samaada ICE, Hybrid, atau EV
Subaru Global Platform bukan ladder frame tulen, tapi struktur reinforcement dalaman masih tebal, keras, dan tahan hentak, macam ladder frame yang tersembunyi dalam kulit unibody/monocoque
Subaru bukan jenama yang banyak propaganda murahan. Tapi bila cakap pasal kejuruteraan senyap tapi genius, Subaru memang berada di depan. Ring-Shaped Reinforcement Frame Structure ini adalah bukti bagaimana satu jenama kecil berani mencipta struktur casis unik yang mendahului zaman.



