
SUV ELEKTRIK WELTMEISTER EX5 MASUK PASARAN INDONESIA TAHUN 2022
Pengeluar kereta leketrik cari China, WM Motor Technology dilapor bersedia untuk memasuki pasaran Indonesia tidak lama lagi.
Hasil kerjasama dengan PT WM Motor Asia Pacific, syarikat tersebut akan memperkenalkan jenama EV Weltmeister bermula tahun 2022. Model pertama yang bakal dilancarkan ialah Weltmeister W5 atau dikenali sebagai EX5. SUV elektrik lima tempat duduk itu dikatakan mampu memenuhi keperluan pengguna di republik berkenaan.
“Kami memilih model SUV kerana ia menjadi pilihan pasaran ini, selain mengambil kira aspek kondisi jalan, fungsi dan praktikalitinya,” kata Pengarah dan Ketua Pegawai Ekskutif WM Motor Asia Pacific, Yedi Yunadi.Â

EX5 dijana oleh motor elektrik tunggal berkuasa 208PS dan tork 315Nm. Dengan caj penuh, bateri berkapasiti 49kWh itu mampu menawarkan jarak sehingga 400km. Ini merupakan antara varian yang bakal ditawarkan di pasaran Indonesia kelak.Â
Jentera itu turut diengkapi ciri ADAS Tahap 2 daripada Bosch, kamera beresolusi tinggi, radar dan sistem kamera 360 darjah.Â

EX5 diperkenalkan buat pertama kalinya pada acara Beijing Auto Show 2018. Di China, ia ditawarkan pada harga bermula 149,800 yuan (RM96,200) seunit. Ia juga hadir dalam dua lagi varian iaitu bateri berkapasiti 52.5kWh (400km) dan bateri 56.9kWh dengan jarak pemanduan sejauh 460km.
PT WM Motor Asia Pacific sebenarnya sudah berada di pasaran Filipina di mana 7,000 unit EV didaftarkan di sana. Ia turut merancang untuk meneroka pasaran Vietnam, New Caledonia, French Polynesia dan banyak lagi dalam masa terdekat.Â
- BACA: MITSUBISHI COLT L300 – DAH 40 TAHUN TETAPI MASIH DIJUAL DI INDONESIA
- BACA: DAIHATSU INDONESIA CATAT PRODUKSI 7 JUTA UNIT KENDERAAN SELEPAS 43 TAHUN
- BACA: HYUNDAI STARIA MULA DIJUAL DI INDONESIA – BOLEH JUALKAH DI SANA?
- BACA: ELAK BANKRAP, GARUDA INDONESIA PULANGKAN SEMULA 9 UNIT PESAWAT BOEING 737 800NG
GALERI