Buletin

DAIHATSU INDONESIA CATAT PRODUKSI 7 JUTA UNIT KENDERAAN SELEPAS 43 TAHUN

Astra Daihatsu Motor (ADM) meraikan pencapaian menghasilkan 7 juta unit kenderaan di Indonesia pada tahun ini. Rekod itu dicatat sejak ia beroperasi pada tahun 1978 di Indonesia. 

ADM memberitahu model Rocky berwarna kuning yang dilengkapi enjin 1.2 liter menjadi unit ke-7 tujuh diproduksi di klilangnya. 

Daihatsu memulakan operasi di sana dengan menjual kenderaan tiga roda Midget tiga roda yang diberi nama Bemo. Kenderaan keluaran Daihatsu terus berevolusi mengikut perkembangan teknologi, reka bentuk dan pemintaan daripada pasaran tempatan. 

“Sejak tahun 1978, Daihatsu berupaya memenuhi keperluan pasaran kenderaan di Indonesia sama ada bagi kegunaan domestik mahupun eksport,” kata Ketua Ekskutif ADM, Kurniawan Rahardono. 

Daihatsu merupakan pengeluar terbesar dengan kilangnya berupaya menghasilkan 500,000 unit kenderaan setahun. Ia turut bertanggungjawab memasang model Toyota dan Mazda untuk pasaran eksport. ADM memiliki dua kemudahan moden di Sunter dan Karawang yang menyumbang kepada 40 peratus jualan di republik berkenaan. 

Pada tahun 2005 lima, Daihatsu berjaya mencatat pengeluaran sebanyak 5 juta unit selama 27 tahun. Lima tahun kemudian, angka itu meningkat kepada 2 juta unit, sebelum mencecah 3 juta unit pada tahun 2013. 

Google ads
Back to top button