Artikel Pilihan

HYUNDAI STARIA MULA DIJUAL DI INDONESIA – BOLEH JUALKAH DI SANA?

Pasaran MPV mewah sebelum ini banyak didominasikan oleh Toyota Alphard / Velfire, baik di Malaysia mahu pun di Indonesia. Hyundai pernah mencuba untuk mencuri sedikit kek pasaran segmen MPV mewah melalui penawaran Hyundai H-1 (Starex) sebelum ini tetapi kelihatan tidak begitu berjaya. Kini, Hyundai bersedia dengan sebuah model terbaharu untuk bersaing melalui model Hyundai Staria.

Sebelum ini berita tentang kehadiran Hyundai Staria sudah menjadi buah mulut di kalangan masyarakat serantau sementelah pengenalannya di bumi Korea Selatan dan Thailand terlebih dahulu. Penampilan MPV yang cukup berkotak ini kelihatan cukup futuristik dan moden. Seumpama sebuah model MPV dari masa hadapan.

Paling ketara adalah penampulan lampu DRL yang nipis dan melintang di bahagian atas logo Hyundai. Dan lampu utama jenis LED pula berada di disamping gril di bahagian bawah. Seolah MPV ini hadir dari tahun 2030. Memang nampak futuristik habislah gaya Hyundai Staria ini.

Dan rekaan futuristik dan moden ini tidak habis begitu sahaja. Ianya turut diimplimentasikan di bahagian belakang. Rekaan lampu LED memanjang dari atas hingga ke bawah. Begitu juga dengan cermin belakang yang kini labuh hingga melebihi separuh daripada pintu belakang. Tak payah jengket kalau nak intai orang dalam.

Rekaan kabinnya pula menampilkan ciri keselesaan yang bukan kepalang buat pemandu dan penumpangnya. Menggunakan kluster meter digital bagi membolehkan pemandu mendapatkan info tentang kondisi kenderaan dengan lebih jelas serta penggunaan butang gear di konsol tengah. Sistem infohiburan pula menggunakan skrin sesentuk bersaiz 10.25 inci lengkap dengan sambungan Apple Car Play dan juga Android Auto. Barulah betul betul moden dan bergaya.

Tempat duduknya pula menggunakan balutan upholsteri mewah. Dan tempat duduk utama dan barisan kedua turut dilengkapi dengan sistem pengudaraan bagi menyejukkan atau memanaskan mengikut citarasa dan keperluan pengguna. Untuk menambahkan lagi ciri premium yang ada, Hyundai Staria ini turut dilengkapi dengan sistem bunyi yang lebih mahal, daripada jenama BOSE.

Trenkuasa pula Hyundai bertindak bijak tanpa memeningkan kepada bakal pembeli. Hyundai hanya menawarkan enjin diesel 2.2 liter sahaja kepada pengguna. Enjin diesel moden tersebut berupaya menjana kuasa sehingga 174 HP dan tork 431 Nm. Terima kasih kepada sistem turbo E-VGT. Enjin yang agak berkuasa itu di padankan pula dengan kotak gear auto 8 kelajuan.

Ciri keselamatan yang ada pula lengkap dengan ABS dan EBD dan juga Hyundai Smart Sense meliputi Forward Collision Avoidance Assist (FCA), Lane Keeping Assist (LKA), Lane Following Assist (LFA), Blind Spot Collision avoidance Assist, Blind Spot View Monitor, Manual Speed Limit Assist, Rear Cross Traffic Avoidance Assist, dan juga Surround view Monitor. Selain itu, ciri menarik terdapat pada model ini adalah penggunaan Smart Power Tailgate, yang mana pengguna hanya perlu berada di berhampira pintu belakang disamping Smart Key berada di dalam kocek. Tak perlu nak menendang tak tentu hala bagai. Iannya akan terbuka secara sendiri.

Dan untuk pasaran Indonesia, ianya didatangkan dengan dua varian, Signature 7 dan juga Signature 9 yang mana di jual pada harga Rp1.020.000,00 (RM299,404) dan juga Rp888.000.000,00 (RM260,657) untuk setiap varian. Kalau ikut julat harga, masih lagi murah berbanding harga Velfire di sana. Tapi itulah, mentaliti jenama Velfire ini memang payah nak kikis.

BACA : HYUNDAI LANCAR MPV STARIA DI THAILAND. 11 TEMPAT DUDUK, ENJIN DIESEL 2.2 LITER, BERMULA RM222K

BACA : HYUNDAI TEASER MPV STARIA. REKAAN KAPAL ANGKASA DAN FUTURISTIK

Google ads

B K

Back to top button