Buletin

SUV TERBARU MAZDA CX-30 DIDEDAHKAN.

Memandangkan permintaan crossover/SUV meningkat saban tahun, Mazda mengejutkan dunia menerusi debut pertamanya di Pameran Motor Geneva menerusi satu lagi model mereka – CX-30.

Ia diposisikan antara CX-3 dan CX-5 dan dibina berdasarkan konsep bahasa rekaan “Kodo” (Soul of Motion). Dengan hud depan yang panjang dan garis sisi yang elegan, tidak dinafikan, ia sebuah SUV yang cantik.

Tapi kenapa ada banyak SUV dalam saiz yang cuma sedikit berbeza ?

Mazda memberitahu ada EMPAT asas utama pembikinan CX-30 ini. Dua daripadanya ialah berkenaan saiz.

Ia mesti cukup kecil dan mudah dikendalikan, jadi pemandu tiada masalah menggunakan mana-mana jenis laluan. Kedua, walaupun, kecil, mesti dibina dengan dalaman yang cukup luas untuk penumpang. Mazda mahu rekaan yang digemari ramai, kemudian ia mesti menjanjikan ketenangan fikiran apabila memandunya.

CX-30 akan didatangkan dengan pilihan enjin Skyactiv-G 2.0, Skyactiv-D 1.8 disel dan enjin baru Skyactiv-X enjin dengan mampatan pembakaran petrol.

Kedua-dua enjin petrol akan digandingkan dengan teknologi mild hybrid untuk meningkatkan ekonomikal bahan bakar tanpa mengorbankan prestasi.

CX-30 juga akan ditawarkan dengan pacuan semua roda I-Activ dan G-Vectoring Control Plus. Kesemuanya digabungkan dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik enam kelajuan. Maaf. Mazda memang tak berminat dengan CVT.

SUV ini juga dilengkapi dengan sistem pemantauan pemandu dengan padanan LED infrared dan kamera untuk mengesan mimik muka tumpuan pemandu. Ia akan mengingatkan pemandu untuk memberi perhatian dan memberi amaran suara membrek lebih awal.

Antara sistem keselamatan lain ialah Front Cross Traffic Alert dan Cruising & Traffic Support. Ia adalah sistem Cruise Auto dengan halaju rendah yang mengoperasikan brek, kawalan minyak dan stereng ketika kesesakan trafik.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button