
BAGAIMANA MAZDA CX-30 MENDAPAT NAMANYA?
Semalam, Mazda mendedahkan buat kali pertama SUV terbaru mereka CX-30. Ia bukan segmen baru namun nama itu sendiri menimbulkan tandatanya.
Ia seakan-akan bercanggah dengan barisan sedia ada dalam segmen crossover Mazda. Mereka ada CX-3, CX-5, CX-8 dan CX-9. Beberapa tahun sebelum ini, mereka pernah mengeluarkan CX-7 tetapi dihentikan pengeluarannya bagi memberi tumpuan kepada CX-5.
Memandangkan CX-30 ini berada di antara CX-3 dan CX-5, bukankah logiknya ia sepatut dinamakan sebagai CX-4?
Ya. itulah yang semua orang fikirkan. Namun, nama ini membuatkan jurutera Mazda pening kerana CX-4 telah digunakan di China sebagai model berasingan. CX-4 di China ialah SUV yang menghampiri saiz CX-5 namun direka dengan garis bumbung lebih sporty dan rendah.
Untuk tidak mengelirukan pasaran dan menyusun semula barisan modelnya, Mazda mengambil keputusan menggunakan dua nombor maka lahirlah CX-30. Menggunakan nama CX-4 dengan dua model berbeza di pasaran berbeza hanya akan menyebabkan kekeliruan dan kompleksiti pasaran. Ini yang mahu dielakkan.
Jadi dari mana angka CX-30 ini datang?
Sebenarnya, Mazda telah menggunakan abjad dua nombor lebih lama menerusi pikap trak mereka. Susunan nama ini diperolehi menerusi barisan pikap Mazda BT-50.
Sekarang, tentang saiz. Mazda memberitahu CX-30 diposisikan antara CX-3 dan CX-5. Dari segi panjang, CX-30 4.7 inci lebih panjang dari CX-3 tetapi 5.9 inci lebih pendek dari CX-5.
CX-30 juga lebih lebar 1 inci dari CX-3 tetapi kurang 1.8 inci berbanding CX-5. Lebih menarik, CX-30 dan CX-3 berkongsi ketinggian yang sama iaitu sekitar 5.9 lebih rendah berbanding CX-5.
- BACA: SUV TERBARU MAZDA CX-30 DIDEDAHKAN
- BACA: BAGAIMANA CX-30 MENDAPAT NAMA?
- BACA: PREBIU MAZDA CX-8 OLEH MAZDA MALAYSIA
- BACA: MAZDA CX-8 SANGAT POPULAR DI JEPUN
- IKLAN PILIHAN: MAZDA MPS 300 HP!
- BACA: MAZDA MX-5 EDISI KHAS HABIS DALAM 4 JAM!
GALERI