Buletin

SUZUKI BAKAL JUAL TOYOTA RAV4 DAN COROLLA WAGON HIBRID DI EROPAH

Buat pertama kalinya, Toyota Motor Corp. akan mula menghasilkan model RAV4 hibrid untuk Suzuki Motor Corp.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Suzuki merancang untuk menjual SUV itu menggunakan lencananya di pasaran Eropah.

Toyota Industries Corp. yang memasang model RAV di kilang Aichi sudah memulakan produksi RAV4 hibrid untuk Suzuki pada awal Jun 2020. Suzuki dijangka menjual SUV tersebut mulai separuh kedua tahun ini selepas membentangkan pelan tersebut pada Mac tahun lalu.

Suzuki berharap dapat meningkatkan jualannya di Eropah menerusi kenderaan hibrid Toyota yang lebih mesra alam, memandangkan garis panduan mengenai emisi semakin ketat.

Ia juga merancang untuk menjual model Corolla Wagon hibrid di bawah jenama Suzuki di sana.

Toyota dan Suzuki baru-baru ini meningkatkan kerjasama mereka apabila mengumumkan persetujuan di mana Toyota akan memiliki 4.94 peratus saham Suzuki pada harga ¥96 billion. Suzuki pula akan membeli saham Toyota pada nilai sekitar ¥48 billion.

Google ads
Back to top button