Buletin

HAVAL DAGOU/BIG DOG. TAMPIL REKAAN BERSEGI, RETRO MODEN

Pengeluar SUV terkenal China, Haval secara rasmi telah melancarkan SUV terbaharu di pasaran tersebut. Model diberi nama Haval DaGou ini sebenarnya mempunyai nama yang unik iaitu Haval Big Dog kalau diterjemah dalam bahasa Inggeris.

Difahamkan, Haval Big Dog memperoleh nama terbabit selepas melakukan tinjauan umum. Malah ia dilihat amat sesuai kerana SUV ini cukup berbeza jika dibandingkan model-model terdahulu.

Rekaan model kali ini mengetengahkan gayaan luaran berkotak dan segi empat sekali gus menyerlahkan gabungan retro dan moden.

Begitupun, rekaan terbaharu ini tidak sama dengan Ford Bronco Sport yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.

Bahagian hadapan dipasang dengan sepasang lampu berbentuk bulat yang terletak kemas. Bampar besar pula dilengkapi cangkuk penunda serta skid plate. SUV baharu itu amat sesuai digunakan untuk aktiviti luar dan lasak.

Terdapat kelainan di bahagian lampu belakang, ia lebih menonjol berbentuk L serta dipadankan dengan logo Haval.

Haval Big Dog memiliki ukuran 4620 mm (182 inci) panjang, 1890mm lebar (74.4 inci) dan tapak roda 2.738mm (107.7 inci). Lebih penting, jarak kelegaan tanah Haval Big Dog ialah 200mm.

Bahagian kabin tidak kurang menariknya. Hendal pintu yang besar di serta papan pemuka yang tegak menjadikannya begitu rugged.

Satu skrin besar turut disediakan sebagai sebahagian daripada sistem infotainmen. Di samping pad mengecas telefon tanpa wayar, corong pendingin udara dengan kedudukan menegak dan tombol gear berbentuk bulat.

Difahamkan, dua kapasiti enjin ditawarkan kepada pembeli. Enjin 1.5 liter menghasilkan kuasa sehingga 168hp dan tork 285. Manakala enjin 2.0 liter pula mampu menjana 221hp dan tork 284Nm. – carscoops

GALERI

Google ads
Back to top button