Motosikal

SUZUKI PATENKAN ENJIN 250CC BAHARU. PASANG PADA GSX250R DAN V-STROM 250

Suzuki dilapor telah mematenkan enjin bersesaran 250cc dalam usaha mematuhi piawaian emisi Euro5. Enjin itu dijangka digunakan pada model GSX250R dan V-Strom 250 baharu.

Perkembangan itu juga seolah-olah memberi petanda bahawa Suzuki akan terus menghasilkan model berkapasiti enjin sederhana untuk pasaran Eropah. Bagi pasaran lain, enjin baharu itu akan dipadang pada model Gixxer 250, Gixxer 250 SF dan GW250 Inazuma/ 

Bagi mematuhi piawaian emisi tersebut, enjin baharu itu dikatakan mempunyai ciri seperti pemangkin berkembar, dengan catalyser jenis canister lebih kecil dipasang pada bahagian hadapan enjin.

Tetapan ini sudah menjadi penyelesaian biasa dalam menjadikan gas ekzos lebih bersih. Yamaha R1 dan R1M juga menggunakan method yang sama.   

Sistem ekzos yang baru pula dipasang dengan dua alat pengesan lambda. Sati di bahagian atas dan satu lagi di bawah pemangkin hadapan. Bagaimanapun, enjin baharu ini tidaklah terlalu berbeza dengan versi enjin sedia ada. 

Enjin 250cc Suzuki sekarang mampu menjana kuasa sekitar 26bhp pada 9,000rpm dan tork 22.6Nm pada 7,000rpm, bergantung kepada model dan talaan. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. 

Besar kemungkinan enjin baharu akan mengekalkan jumlah kuasa yang sama. Suzuki juga dikatakan mau fokus dalam menjadikan motosikal baharunya lebih mudah ditunggang dan menawarkan julat kuasa tork yang lancar. 

Google ads
Back to top button