Buletin

MERCEDES AMG E 63 2021. LAGI HANDSOME DAN LAJU. 603HP

Tidak lama selepas pengenalan model Mercedes-Benz E-Class facelift dan E53 AMG, kini giliran ‘raja’ E-Class pula diperkenalkan kepada khalayak, model Mercedes AMG E63 Sedan dan Mercedes-AMG E63 Wagon.

Seperti model E-Class facelift dilancarkan sebelum ini, perubahan model terbaharu itu dapat dilihat pada rekaan lampu LED hadapan yang kini lebih elegan.

Lampu belakang pula ditambah baik dengan rekaan yang lebih sporty dan nipis.

Sentuhan AMG diserlahkan menerusi padanan gril hadapan Panamericana yang telah diperkemaskan, arca roda, suspensi udara dan splitter hadapan.

Di bahagian kabin pula, ia didatangkan sistem infotainmen baharu, Mercedes-Benz User Experience (MBUX) yang terdiri daripada dua skrin 12.3 inci dan roda stereng AMG Performance dengan kawalan haptik.

Kulit Nappa yang eksklusif dipasang pada tempat duduk dan papan pemuka. Kemasan jahitan membuatkan ia kelihatan lebih mahal, sesuai dengan model terbaharu ini.

Pembeli diberi pilihan warna dalaman sama ada hitam atau kelabu bersama jahitan berwarna kuning.   

Model E 63 didatangkan dengan enjin 4.0 liter V8 bi-turbo. Ia mampu menghasilkan 603 kuasa kuda dan tork 850Nm.

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi AMG Speedshift klac berkembar dengan sembilan nisbah kelajuan serta pacuan semua roda 4MATIC+. Biarpun tidak memiliki sistem hybrid tetapi mampu menyahaktifkan empat silinder untuk penjimatan bahan api.

Mercedes memaklumkan model sedan hanya mengambil masa 3.3 saat untuk mencecah kelajuan 100km/j dan 3.4 saat bagi varian wagon.

Pemandu juga boleh melakukan aksi drift dengan mengaktifkan Race Mode dan mematikan ciri ESP. Bagaimanapun, harga rasmi bagi kedua model ini masih belum dimuktamadkan untuk pembeli. – carbuzz

GALERI

Google ads
Back to top button