Buletin

TERLEPAS SIMPANG, PEMANDU SUZUKI JIMNY NAIK JEJANTAS BUAT U-TURN

Kita semua tahu tentang keupayaan Suzuki Jimny untuk mengharuang laluan off-road. Saiznya yang kecil pula membuatkannya mudah dikendalikan hampir di mana-mana sahaja. 

Sedar tentang kelebihan itu, seorang lelaki mengambil kesempatan dengan memandu Jmny miliknya menaiki sebuah jejantas pejalan kaki di China.

Tindakan di luar jangkaan itu dibuat selepas dia dikatakan terlepas simpang dan terpaksa melakukan u-turn untuk pergi ke destinasinya. 

Sepeti yang anda boleh lihat, dia berjaya melalui laluan jejantas yang sempit sebelum menuruni tangga ke sebelah sana. Namun, perbuatan licik yang boleh membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain itu berjaya dikesan polis. 

Malah, polis sudah sedia menunggu untuk pemandu tersebut tiba di bawah sebelum dia dikenakan saman sebanyak 200 yuan (RM123).

Dia juga bernasib baik kerana jika diikutkan, jejantas berkenaan hanya mampu menampung berat sehingga 1,000kg dan Jimny generasi ketiga itu  pula kira-kira 985 hingga 1,150kg. 

Walaupun Jimny sudah terbukti boleh memanjat jejantas tanpa sebarang insiden buruk yang berlaku, jangan sekali-kali meniru aksi ini di Malaysia. 

Tags
Google ads
Back to top button