
SUZUKI SV-7GX DEBUT DI EICMA 2025 – 73.4HP, 64NM
Desas desus yang mendakwa enjin V-Twin 650cc dari Suzuki akan terkubur akhirnya dinafikan Suzuki menerusi pelancaran Suzuki SV-7GX 2026.
Pelancaran motosikal crossover sport-tourer itu secara langsung mengesahkan bahawa platform V-Twin ikonik dari kilang Hamamatsu itu terus hidup.

Untuk rekod, SV-7GX menggabungkan asas dari SV650 dan gaya dari GSX-S1000GX. Rekaan keseluruhan mencampur adukkan elemn touring dan sport termasuk aerodinamik yang lebih baik, handguard dan penghadang angin boleh laras dan lampu nyalaan LED penuh.

Menggerakan SV-7GX ini adalah unit dua silinder (V-Twin) 645cc yang telah dinaik taraf bagi mencapai standard emisi Euro 5+. Enjin ini menawarkan 73.4hp pada 8,500rpm dan 64Nm pada 6,800rpm.
Meskipun berkongsi kebanyakan komponen dari SV650 dan V-Strom 650 namun SV-7GX ini dilengkapi dengan pakej serba moden termasuk skrin TFT berwarna dan Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) yang terdiri dari Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), Suzuki Traction Control dan quickshifter.

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:
- ABS
- electronic throttle control
- Low RPM Assist
- fork teleskopik depan
- rim 17-inci depan dan belakang
- tangki bahan api 17.4L
- 211kg
Suzuki SV-7GX ini dijangka akan menembusi pasaran global termasuk Malaysia tahun depan.
GALERI: SUZUKI SV-7GX 2026
























