Motosikal

SUZUKI GSX-8T, GSX-8TT LANCAR DI MALAYSIA OKTOBER INI?

Sekitar bulan Julai lalu, Suzuki memperkenalkan dua model gaya retro serba baharu menerusi Suzuki GSX-8T dan GSX-8TT. Kedua-dua model itu dikuasakan enjin parallel-twin 776cc baharu yang turut menggerakan GSX-8S, GSX-8R dan V-Strom 800. 

Ketika itu, kami dimaklumkan bahawa Suzuki Malaysia hampir pasti akan melancarkan model baharu itu selewatnya tahun depan. Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan terbaru, kami difahamkan GSX-8T dan GSX-8TT akan dilancarkan seawal bulan Oktober ini ketika minggu MotoGP Malaysia. 

Suzuki GSX-8T dan GSX-8TT menggabungkan pengayaan retro dengan teknologi moden bagi segmen pertengahan.

Kedua-duanya dipacu platform parallel-twin 776cc dengan 270-degree crank dengan DOHC yang berupaya menjana 82hp pada 8,500rpm dan 78Nm pada 6,800rpm. Sistem pembakaran 270-degree crank pula menghasilkan karakter seperti enjin V-Twin. Seperti model 800cc lain, enjin ini juga dilengkapi dengan Suzuki Cross Balancer yang bertujuan mengurangkan gegaran.

Seperti model 800cc sedia ada, GSX-8T dan GSX8TT ini turut dilengkapi pakej elektronik yang lengkap antaranya traction control, power mode, quickshifter (atas/bawah) dan skrin TFT berwarna penuh.

Google ads
Back to top button