,
Buletin

TEMPAH PROTON IRIZ 2019, CUMA RM9.99! PERCUMA CUKAI JALAN 2 TAHUN!

Sempena pelancaran rasmi yang akan dijadualkan pada Mac ini, Proton akan mengadakan ‘jualan kilat’ bagi model Iriz 2019 di mana pembeli yang berminat boleh membuat tempahan dalam talian dengan hanya RM9.99.

Dengan berbuat demikian, PROTON turut akan memberi ganjaran dengan cukai jalan percuma selama dua tahun sebagai tanda penghargaan apabila mereka menempah Iriz ini sebelum ianya dilancarkan.

Promosi bermula jam 10 pagi pada 1 Mac 2019 dan berakhir 11.59 malam pada 11 Mac 2019.

“Dengan mengadakan promosi ini, kami mahu membuatkan Iriz 2019 ini lebih mudah dibeli oleh pembeli-pembeli berpotensi. Selain daripada komitmen bayaran yang rendah, kami turut menawarkan kemudahan seperti tempahan secara dalam talian.

“Bagaimana pun, kemudahan ini ditawarkan untuk masa yang terhad supaya kami dapat menarik minat pembeli untuk membuat
tempahan secepat mungkin,” Ujar Dr Li Chunrong.

Proton juga akan mengadakan pratonton pelanggan di beberapa cawangan PROTON Edar untuk memberi orang ramai peluang untuk melihat Iriz 2019 dengan lebih dekat sebelum pelancaran rasmi.

Lokasi pertama adalah di pusat PROTON Edar 4S di Chan Sow Lin, di mana aktiviti ini akan diadakan dari 2 – 3 Mac.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button