Buletin

SELAMAT DATANG PROTON IRIZ 2019!

Proton Iriz 2019 dipertontonkan secara rasmi kepada media pagi tadi. Dengan reka bentuk luaran yang diberi nafas baharu serta dilengkapi sistem audio pintar sama yang diperkenalkan pada Proton X70, model hatchback segmen-B PROTON ini merupakan model pertama mendapat sentuhan terkini selepas pengumuman kerjasama bersama Geely.

Pelancaran rasmi model Iriz ini dijangka pada Mac 2019.

Rekabentuk BARU

Garisan-garisan pada Iriz adalah hasil usaha oleh sebuah pasukan yang diketuai oleh ketua Reka Bentuk PROTON, Azlan Othman, yang memanfaatkan kepakaran pusat reka bentuk antara syarikat kumpulan Geely untuk menghasilkan wajah baharu yang canggih dan menarik.

Semasa pembentangannya kepada media, Azlan menjelaskan bahawa model ini direka untuk menggambarkan kecerdasan dengan rupa yang sporty, sesuai dengan slogan model itu iaitu Kepintaran yang Mengujakan.

Azlan turut menyebut mengenai penggunaan unsur-unsur penggayaan atau styling bagi mewujudkan hubungan visual dengan model-model Proton yang lain.

Pada rekaan hadapan kereta ini, terdapat lampu depan halus yang dipadankan dengan gril baharu yang menonjol. Bentuk bar krom diilhamkan melalui reka bentuk “Ethereal Bow” sementara gril radiator pula mempunyai corak “Infinite Weave”, yang turut dihiasi logo Proton.

Terdapat juga bampar depan baharu yang menyerlah dilengkapi dengan gril radiator bawah yang lebih

terkini serta lampu siang (DRL) yang menambahkan lagi sentuhan mewah pada reka bentuk model ini secara keseluruhan.

Pada reka bentuk bahagian belakang pula, perkataan PROTON kini tampak lebih jelas yang Diletakkan pada bahagian tailgate yang sebelum ini diletakkan dengan logo. Secara visualnya, ia kelihatan lebih lebar, kesan yang lebih ketara pada bampar belakang dengan garisan menegak beserta garisan bampar baharu.

Sentuhan akhir termasuklah pada nama Iriz yang direka menggunakan huruf baharu unik, antena sirip yu dan rim aloi dengan reka bentuk bilah yang baharu.

Iriz 2019 juga merupakan hatchback segmen-B pertama di Malaysia yang menampilkan unit audio pintar yang menggunakan kad eSIM dan menawarkan aplikasi seperti pengaliran muzik, sistem navigasi dan pengecaman suara.

Akses kepada aplikasi ini serta fungsi-fungsi lain adalah melalui skrin sentuh antara muka bersaiz 7-inci dengan paparan warna penuh dan memori dalaman sebanyak 16GB.

Dengan menggunakan sistem sama yang ada pada Proton X70, Iriz ini turut dilengkapi dengan

sambungan Wi-Fi agar ia boleh digunakan sebagai hotspot mudah alih atau menyambungkan Wi-Fi dalam jarak jangkauannya.

Turut ditawarkan adalah kebolehan mirror link bagi telefon mudah alih Android.

“Selepas perasmian Proton X70, Proton Iriz 2019 akan menjadi model Proton kedua yang dilengkapi dengan unit stereo pintar yang menawarkan fungsi seperti arahan suara, navigasi dan pengaliran muzik.

Ia juga menggunakan kata laluan yang sama iaitu Hi Proton! untuk mengakses sistem. Justeru itu anda boleh mengatakan bahawa oleh kerana Proton X70, Proton Iriz ini

diinspirasikan untuk menjadi model yang pintar,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

GALERI

Google ads
Back to top button