Artikel PilihanMotosikal

INI 8 PERATURAN JALANRAYA YANG TAK BERTULIS DI THAILAND

Pesta Songkran akan berlansung pada 13-16hb April 2019. Sempena pesta itu, ada acara besar di Phuket. Ramai sahabat-sahabat motor akan ke Phuket Bike Week.

Sepanjang cuti umum Pesta Songkran, seperti biasa, Pihak Berkuasa Thai di seluruh negara akan memantau aktiviti lalu lintas. Oleh itu, pastikan motosikal anda tidak melanggar peraturan jalanraya Thai seperti :-

– ekzos bising
– lengkap cermin sisi
– nombor plate bukan dibawah mug guard motor.

Pastikan anda berkonvoi, satu kumpulan antara 5 – 6 buah motor sahaja. Jika group anda besar, cuba pecah group dan jarakkan perjalanan.

Ini memastikan tiada sekumpulan motor yang memenuhi jalanraya dan menghindar dari sebarang bencana. JANGAN berhimpun di depan lampu isyarat. Cuba jarakkan kenderaan anda.

Ada beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian jika mengguna jalanraya di Thailand

1. Jika anda menunggang motosikal pada kelajuan melebihi 90km/j, 7 disyorkan menunggang di sebelah kiri garis putih tengah jalan jika jalanraya dua lorong. Ini mungkin boleh mengelakkan kenderaan keluar simpang secara mendadak atau mengelak kenderaan songsang arus. ( ikuti contoh garisan merah di bawah )

2. Berhati-hati ketika memasuki bandar dan pekan. Begitu juga bila melewati pasar sehari. Banyak kenderaan yang parkir di kiri jalan. PERLAHANKAN KENDERAAN anda.

3. Beri perhatian kepada papan tanda jalan. Jika didapati dihadapan ada U-Turn, perlahankan kenderaan dan bersedia ke lorong kanan. Ini kerana kebiasaan, kenderaan Thai akan u-turn dan ke paling kiri lorong. Biasanya kemalangan kerap berlaku disini melibatkan kenderaan Malaysia.

4.Kondisi jalanraya di Thai lebih licin, pastikan tayar kenderaan anda material yang lebih lembut agar lebih mencengkam.Biasanya motosikal akan terbabas bila mengambil selekoh pada kelajuan yang laju atau tinggi.

5. Patuhi had laju yang telah ditetapkan.
– untuk lori treler dan tuk tuk 60km/j
– lori dan bas 80km/j
– motosikal dan kereta 90km/j
Biasanya jika berlaku kemalangan, soalan yang pertama ditanya oleh pihak berkuasa, berapa had laju di Thai? Berapa kelajuan anda semasa membawa kenderaan?

Biasanya rakaman cctv menjadi bukti. Berhati-hati kerana banyak cctv di sepanjang jalanraya terutama di simpang dan kawasan pekan.

6. Perlahankan kenderaan anda, patuhi papan tanda bila memasuki, pekan,bandar atau penempatan awam. 
– Ini kerana kebiasaan kenderaan di Thailand pakir di sepanjang bahu jalan.
– Motosikal biasanya mundar mandir dan bergerak melawan arus.
– Pejalan kaki yang melintas jalan. Kemalangan melibatkan pejalan kaki, membolehkan anda dianggap bersalah.

7. Berhati-hati dengan budaya menunggang motosikal menyongsang arus. Sukar untuk memberi ulasan dengan budaya ini. Oleh itu sebagai pelancong kita perlu berhati-hati dan menghormati budaya mereka.
– sila rujuk panduan No.1

8. Elakkan memandu diwaktu malam. Ini berikutan budaya pemanduan disini terlalu asing dengan budaya kita.

NASIHAT TAMBAHAN

– Jika berkenderaan sendiri
– insuran wajib ( por ror bor atau compulsory ). Insuran ini membiayai bayaran rawatan hospital jika terlibat dengan kemalangan.
– insuran voluntary ( insuran kenderaan ). Insuran ini membiayai pampasan kepada kenderaan yang terlibat dengan kenderaan anda.
– Endosement 101 atau Extension 101 adalah insuran tambahan atau extra thai. Anda boleh rujuk wakil insuran kenderaan anda.
– Travel Insuran, sebagai pelancong anda perlu bersedia sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Hormati Budaya Masyarakat Setempat. Lain padang, lain belalang.

PENULIS dikenali sebagai Cikgu Joe Satun ( https://www.facebook.com/cikgujoesatun/ ) adalah seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di Pak Bara Satun Thailand, sejak 2012. Beliau adalah seorang aktivis masyarakat yang mengajar fardu ain dalam bahasa Melayu secara percuma kepada masyarakat setempat. Berpengalaman membantu ramai rakyat Malaysia yang terlibat dengan kemalangan di Thailand. Beliau boleh dihubungi di Whatsapp +66830948948 jika anda ingin mendapat info dan bantuan ketika di Thailand.

ANDA DIGALAKKAN MEMBACA KETERANGAN PHOTO DI BAWAH.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button